Slogan InikanBola Slogan InikanBola
The Star Online
Wed, 4, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh

Siapa Yang Layak ?

Tempoh hari ketika kami mengeluarkan artikel tentang situasi jurulatih Selangor, P.Maniam sama ada patut dikekalkan atau tidak telah mengundang perlbagai persepsi daripada peminat Selangor. Ramai yang mahu P.Maniam digantikan. Tak kurang juga ramai peminat yang mahu P.Maniam dikekalkan.

Pada artikel tersebut, kami membincangkan mengapa P.Maniam patut dikekalkan sebagai ketua jurulatih Selangor. Pada penulisan kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa jurulatih yang menurut kami patut dipertimbangkan oleh pengurusan Selangor sebagai pengganti P.Maniam.

1. Datuk K.Rajagopal
Pengalaman yang dimiliki oleh Datuk K.Rajagopal sudah tidak boleh dipersoalkan lagi. Beliau berjaya membawa Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan memenangi Piala AFF Suzuki edisi 2010 lalu. Jurulatih berusia 61 tahun ini juga pernah membimbing Selangor pada tahun 1999 hingga 2000. Jika P.Maniam mahu digantikan, pastinya nama Datuk K.Rajagopal harus dipertimbangkan.

2. Mehmet Durakovic
Nama Mehmet Durakovic pastinya melekat di setiap ingatan penyokong setia Selangor. Semasa bergelar pemain, Mehmet berjaya memenangi pelbagai piala bersama Selangor. Semasa bergelar jurulatih Selangor, detik paling diingati ialah Mehmet berjaya mencapai misi 33 Selangor dengan memenangi Piala Malaysia edisi 2015. Apabila beliau digantikan dengan Zainal Abidin Hassan pada akhir musim 2015, nyata peminat Selangor kecewa dengan keputusan tersebut. Namun, penulis yakin bahawa Mehmet mungkin akan mempertimbangkan semula jika diberi tawaran oleh FAS.

3. Azraai Khor Abdullah
Nama Azraai Khor sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia. Beliau pernah membawa pasukan Kedah memenangi “Double Treble” pada musim 2007 dan 2008. Selain Kedah, Azraai juga pernah menjadi jurulatih bagi pasukan Negeri Sembilan, Perak, T-Team dan Kelantan. Pengalaman luas beliau dalam kancah Liga Malaysia boleh dipertimbangkan sekiranya pengurusan Selangor mahu membawa masuk Azraai Khor.

4. K.Gunalan
Satu lagi nama yang sudah sinonim dengan pasukan Selangor. Pada pertengahan musim lalu, Zainal Abidin Hassan dipecat oleh pengurusan Selangor.Seterusnya, K.Gunalan diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan sehingga hujung musim. Hasilnya, Selangor berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia ketika itu namun tewas kepada Kedah. Biarpun pengalaman beliau tidak sebanyak 3 jurulatih diatas, namun beliau wajar diberikan peluang sekiranya P.Maniam digugurkan.

(Visited 10 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up