Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Stadium.my
Fri, 13, Oct, 2017, 8:00 PM | Oleh

Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya?

Pada sidang media yang diadakan di JDT Café pada rabu, Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada menyatakan bahawa beliau akan menghentikan penglibatan pasukan kebangsaan dalam kejohanan antarabangsa. Beliau mahu fokus dalam pembangunan pemain akar umbi bagi memastikan masa depan bola sepak negara kembali cerah. Di sini timbul satu persoalan. Apakah yang akan berlaku kepada skuad kebangsaan selepas ini.

Jika kita lihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ, kita nampaknya harus menunggu sekurang-kurangnya 5 atau 6 tahun untuk melihat hasilnya. Untuk kita melihat pasukan kebangsaan kita dengan “wajah baharu”. Sebagai contoh, mari kita ambil pemain dari National Football Development Program (NFDP). Para pemain ini sudah pasti akan mengambil sedikit masa setelah tempoh mereka tamat bersama NFDP untuk menjadi pemain profesional. Mereka mula mencari pasukan profesional dalam negara untuk diwakili. Adakah harga ini yang harus kita bayar untuk kita melihat kebangkitan semula pasukan kebangsaan? Adakah kita harus menunggu dalam jangka masa yang agak lama?

Tidak dinafikan prestasi skuad kebangsaan sekarang ini tidak berada dalam prestasi yang baik. Dalam peringkat kelayakan, skuad kebangsaan masih lagi gagal untuk mengutip kemenangan dan hanya mampu mencatatkan satu seri. Akan tetapi, wajarkah untuk kita mengetepikan pasukan kebangsaan sekarang ini? Menurut kami, sangat tidak wajar.

Sekarang ini apa yang patut kita lakukan ialah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada mereka. Kita harus berdiri di belakang mereka dan laungkan sorakkan yang tiada tandingnya. Walaupun ada pelbagai isu dan juga cubaan yang datang, kita haruslah tetap menyokong mereka. Siapa lagi yang akan menyokong mereka kalau bukan kita, rakyat Malaysia. Sekian dari kami.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up