-Separuh Masa Pertama-
Perlawanan timbal balik pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2017 antara Felda United dan Kedah berlangsung di atas padang tiruan di Jengka. Kedua-dua pasukan bermula dengan formasi sama 4-2-3-1, menyaksikan pertembungan dengan dimensi berbeza di bahagian tengah.

Kedah cuba menguasai pertarungan di bahagian tengah melalui gandingan Amirul Hisyam, Liridon Krasniqi dan Sandro da Silva bertukar-tukar hantaran dan peranan di kawasan tengah, sementara Badrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon acapkali melakukan cut inside apabila tiba di kawasan Middle Third untuk memberi dimensi kepada serangan pasukan Kedah.

Felda United juga bermula dengan formasi sama, tetapi dengan dimensi berbeza di mana, mereka lebih banyak menggunakan kelebihan individu kombinasi 3 pemain mereka, Thiago Augusto, Ifedayo dan Wan Zack, sementara mengambil pendekatan lebih selamat di bahagian bawah dengan Full Back mereka lebih berhati-hati melakukan overlapping. Felda United lebih menguasai permainan di babak pertama walaupun bermula gugup dengan hampir-hampir membenarkan Ken Ilso menjaringkan 2 gol awal. Felda gagal untuk settle down lebih awal. Namun, selepas 20 minit perlawanan, mereka mula settle down dan terus menguasai perlawanan. Kebanyakan serangan pasukan Felda dihasilkan dibahagian sayap terutamanya melalui bahagian kanan pertahanan Kedah yang dikawal oleh Rizal Ghazali. Badrol Bakhtiar kerap kelihatan lambat untuk turun membantu pertahanan, sekaligus mewujudkan numerical advantage buat Felda di bahagian tersebut.
Kedah mencuba untuk memecahkan block pertahanan pasukan Felda United dengan hantaran-hantaran pendek dan through ball namun acapkali tersekat melalui organisasi pertahanan yang baik oleh Shukor Adan dan rakan-rakan. Perlawanan babak pertama berlangsung dalam tempo sederhana dan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 0-0.

-Separuh Masa Kedua-
B Sathianathan memberi reaksi pantas dengan memasukkan Norshahrul sejurus separuh masa kedua untuk meningkatkan tempo perlawanan dan memberikan lebih pace di depan. Norshahrul mengambil alih peranan Zah Rahan dengan Zah Rahan lebih turun ke bawah untuk bertindak sebagai playmaker. Kemasukan Norshahrul memboleh kan Felda bermain dengan lebih fleksibel. Mereka pada satu-satu masa bermain dengan fluidity dan berubah-ubah kepada 4-1-4-1, 4-4-2 dan 4-2-3-1.

Kedah pula memperbaiki kelemahan mereka di separuh masa pertama dengan gerakan lebih tersusun dan hantaran-hantaran kemas. Mereka menggunakan Syazwan Zainon yang kembali memperkemaskan permainan beliau sebagai outlet utama serangan dari sebelah kiri. Nyata, usaha itu membuahkan hasil apabila hasil dari gerakan Syazwan dari sebelah kiri berjaya memberikan sepakan penalti yang disempurnakan Sandro da Silva. Malangnya, Syazwan mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan. Sejurus selepas Syazwan dikeluarkan, permainan kembali menjadi milik Felda. Situasi di dalam padang menjadi sedikit panas apabila permainan menjadi lebih agresif. Mental pemain Kedah nyata sedikit goyah di separuh masa kedua apabila Liridon dilihat kerap kali membantah keputusan pengadil apabila beliau gagal mendapatkan sepakan percuma akibat simulasi. Felda United meningkatkan serangan terutamanya melalui Wan Zack yang mendapat banyak ruang di bahagian tepi, akibat daripada kegagalan Badrol Bakhtiar untuk turun membantu pertahanan. Kesilapan sama yang harus diperbaiki oleh Kedah di pusingan kedua nanti. Terlalu banyak ruang ditinggalkan di bahagian kanan Kedah apabila Rizal Ghazali masuk ke dalam untuk mengecilkan ruang Midfield Felda membuat hantaran. Inilah antara kelemahan yg perlu diperbaiki Kedah untuk pusingan kedua nanti. Hasilnya Felda berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan pemain gentian Hadin Azman apabila Ifwat Akmal gagal menumbuk bola sepakan sudut keluar.

Nizam sekan-akan berpuas hati dengan kelebihan jaringan di tempat lawan dengan mengeluarkan Ken Ilso dan Badrol Bakhtiar dan memasukkan Farhan Roslan dan Ariff Farhan. Manakala Felda terus menekan benteng Kedah untuk mencari sekurang-kurangnya bekal kelebihan satu lagi gol untuk dibawa ke Darulaman.

Keputusan 1-1 menyaksikan aksi separuh akhir ini masih terbuka. Kedah harus menggunakan kelebihan gol di tempat lawan sebaik-baiknya untuk melangkah ke perlawanan akhir buat kali ketiga berturut-turut. Nizam perlu menyediakan pasukan beliau untuk lebih fokus dan meningkatkan teamwork/teamplay pasukan Kedah kerana hanya itulah yang mampu memberikan mereka kelebihan di perlawanan kedua nanti. Felda pula harus menajamkan serangan mereka kerana terlalu banyak peluang yang disia-siakan oleh mereka malam ini. Mereka beraksi baik secara keseluruhan namun agak tumpul di depan dan sedikit indecisive pada beberapa ketika. Kami jangkakan perlawanan kedua pasti lebih terbuka dan sengit. Ayuh para peminat penuhkan stadium dengan sorakan anda.

Leave a Reply