Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Chedinsphere
Fri, 27, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh

Selangor MPPJ, Gergasi Yang Telah Hilang

#9HariLagi #PialaMalaysia2017 #Final

Ketika Piala Malaysia edisi 2003, bola sepak Malaysia telah dikejutkan dengan satu pasukan yang memiliki status kelab berjaya memenangi kejohanan berprestij tersebut. Pasukan tersebut ialah Selangor MPPJ. Ketika itu siapa menyangka mereka mampu membenam cabaran pasukan-pasukan besar dalam kejohanan Piala Malaysia.

Pada Piala Malaysia edisi 2003, Selangor MBPJ diletakkan dalam kumpulan C bersama Sabah, Pulau Pinang dan juara bertahan pada edisi sebelumnya, Selangor. Mereka berjaya menjadi naib juara kepada Sabah. Juan Manuel Arostegui menjadi penyumbang utama kepada prestasi cemerlang pasukan ketika itu. Di peringkat suku akhir, Selangor MPPJ menewaskan pasukan Pahang 3-2 secara agregat. Pada peringkat separuh akhir, mereka bertemu pasukan Perlis. Arostegui sekali lag cemerlang membantu Selangor MPPJ menewaskan Perlis 4-2 secara agregat.

Di perlawanan akhir, MPPJ menentang pasukan yang berada dalam kumpulan yang sama bersama mereka iaitu Sabah. Pada perlawanan akhir tersebut, Juan Manuel Arostegui berjaya menjaringkan hatrik dan sekaligus mencatat sejarah sebagai pasukan berstatus kelab pertama yang berjaya memenangi Piala Malaysia.

Namun, setelah kejayaan mereka memenangi Piala Malaysia, kita sudah tidak dapat melihat kelibat pasukan Selangor MBPJ dalam saingan Liga Malaysia. Pengurusan yang tidak cermat serta kegagalan menarik peminat sedikit sebanyak menyumbang kepada hilangnya pasukan ini. Mungkinkah kita akan melihat sekali lagi kelibat Selangor MBPJ dalam Liga Malaysia?

(Visited 37 times, 2 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up