Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Semuanya Bola
Sun, 29, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh

Mari Ketahui Rekod Piala Malaysia 

#7HariLagi #PialaMalaysia2017 #Final

Tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya perlawanan akhir yang penuh debaran untuk rakyat Malaysia iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), salah satu pasukan yang tidak pernah kalah di halaman sendiri dan juga juara bertahan pasukan Kedah. Adakah pasukan JDT akan memecahkan rekod untuk memenangi Piala Malaysia setelah sekian lama tidak memenanginya, kali terakhir ialah pada tahun 1991 ataupun pasukan Kedah mempertahankan gelaran juara bertahan pada edisi kali ini ? Sebelum itu, mari kita terokai rekod sejarah Piala Malaysia.

Untuk rekod pertama, juara pertama Piala Malaya adalah pasukan Singapura. Pasukan Singapura ketika itu menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada tahun 1921 ketika edisi pertama Piala Malaysia itu berlangsung.

Rekod seterusnya, juara pertama ketika Piala HMS Malaya diperkenalkan adalah pasukan Singapura pada tahun 1933. Ketika itu pasukan Singapura sekali lagi menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan yang besar iaitu 8-2. Perlawanan akhir itu dipertandingkan di Jalan Rifle Range, Singapura.

Selepas Perang Dunia Ke-2 berakhir, Piala HMS Malaya dipertandingkan sekali lagi. Kali ini juara Piala HMS selepas Perang Dunia Ke-2 adalah pasukan Negeri Sembilan yang menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan ulangan 2-1 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1957, pertama kali perlawanan akhir dipertandingkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan pasukan pertama yang memenanginya adalah pasukan Perak yang menumpaskan pasukan Selangor dengan skor 3-2.

Berikutnya, nama Piala Malaysia diperkenalkan dan pasukan yang menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali adalah pasukan Perak yang menewaskan pasukan Singapura dengan keputusan 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Seterusnya untuk rekod, juara Piala Malaysia ketika perlawanan pertama kali dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Selangor pada tahun 1994 adalah pasukan Singapura yang mudah menewaskan pasukan Pahang dengan keputusan 4-0.

Juara Piala Malaysia ketika perlawanan pertama kali dipertandingkan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pula adalah pasukan Perak pada tahun 1998. Pasukan Perak ketika itu menumpaskan pasukan Terengganu dengan keputusan penalti 5-3 selepas bermain imbang 1-1.

Untuk rekod Piala Malaysia, bagi juara terakhir yang dilangsungkan di Stadium Merdeka adalah pasukan Brunei pada tahun 1999 ketika itu menewaskan pasukan pasukan Sarawak dengan keputusan 2-1. Itulah kali terakhir perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Merdeka.

Dan, untuk juara Piala Malaysia yang pertama pada abad ke-21 pula adalah pasukan Terengganu dengan menewaskan pasukan Perak melalui skor 2-1 di Stadium Bukit Jalil.

Terakhir, untuk juara paling banyak dipegang oleh pasukan Selangor dengan kejuaraan 33 kali sejak Piala Malaysia ditubuhkan. Pasukan Selangor adalah pasukan gergasi yang digeruni pasukan lain sehingga kini.

Dengan itu, itulah rekod paling besar yang rekodkan setakat ini. Kami harapkan rekod-rekod menarik akan dipecahkan buat masa akan datang di samping pertahankan piala yang berprestij, Piala Tertua Asia Tenggara ini dengan perlawanan yang menyatupadukan rakyat Malaysia. Sekian..

(Visited 38 times, 1 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up