Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Berita Harian
Mon, 30, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh

Tamat Sudah Cerita Musim Ini!

Liga Super musim 2017 telah melabuhkan tirainya pada sabtu. Kejuaraan Liga Super berjaya dikekalkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim. Manakala dua pasukan iaitu Pulau Pinang dan Sarawak tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan. Tempat mereka akan diambil alih oleh Kuala Lumpur dan Terengganu.

Liga Super musim ini nyata sekali lagi didominasi oleh pasukan Johor Darul Ta’zim. Walaupun prestasi mereka tidak sebagus musim lalu, namun mereka masih lagi mampu untuk merangkul kejuaraan buat kali keempat berturut-turut. Selain itu, JDT masih lagi mengekalkan rekod tidak pernah tewas di laman sendiri musim ini. Walaupun mengalami penggantian ketua jurulatih pada pertengahan musim, namun mereka mampu untuk mengekalkan rentak cemerlang pasukan berjaya mengekalkan cengkaman di puncak Liga Super.

Setelah kejuaraan Liga Super sudah pasti menjadi milik Johor Darul Ta’zim, tumpuan peminat terarah kepada perjuangan tiga pasukan untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan. T-Team berjaya mengikat Sarawak sekaligus menjamin tempat mereka dalam saingan Liga Super musim hadapan. Satu lagi pasukan yang berjaya untuk kekal ialah Kelantan. Kelantan berjaya bangkit setelah ketinggalan satu gol dengan membenam Melaka United 3-1 di Stadium Hang Jebat. Abou Bakr Al-Mel berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75. Gol tersebut nyata membakar semangat pemain Kelantan. Hasilnya, pemain gantian Alessandro Celin berjaya menjaringkan dua gol bagi memastikan status mereka sebagai pasukan Liga Super pada musim hadapan dapat dikekalkan.

Musim yang mahu dilupakan oleh Sarawak dan Pulau Pinang. Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan. Kegagalan Pulau Pinang untuk menyesuaikan diri di bawah kendalian jurulatih baharu pada separuh masa pertama musim ini nyata memberi pada buat pasukan. Bagi Sarawak pula, prestasi yang tidak memuaskan di tempat sendiri menjadi punca mereka jatuh pada musim ini. Sarawak hanya mengutip satu kemenangan di laman sendiri.

(Visited 12 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up