Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Fox Sports Asia
Mon, 30, Oct, 2017, 8:00 PM | Oleh

Tuah Yang Keenam ?

#6HariLagi #Final #PialaMalaysia2017

Tinggal enam hari lagi untuk kita menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2017 antara pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Shah Alam. Perlawanan akhir kali ini merupakan perlawanan yang ke-13 bagi Kedah manakala bagi JDT, perlawanan akhir kali ini merupakan yang kedua bagi mereka. Kedah berjaya muncul sebagai juara sebanyak 5 kali. Dengan kali terakhir pada edisi lalu apabila mereka menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti. Kali terakhir JDT melangkah ke perlawanan akhir juga berakhir dengan sepakan penalti. Namun, mereka tewas kepada Pahang pada edisi 2014.

Jika Kedah berjaya merangkul kejuaraan pada edisi kali ini, mereka akan mengumpul enam kejuaraan dalam sejarah pertandingan Piala Malaysia. Perjalanan Kedah pada edisi kali ini cukup mencabar. Pada peringkat suku akhir, mereka menghadapi pasukan Selangor, dan mereka berjaya menang 4-2 secara agregat.

Di peringkat separuh akhir, Kedah menghadapi Felda United. Pada separuh akhir pertama, Kedah tampak goyah apabila melepaskan gol di minit akhir untuk seri 1-1. Pada perlawanan kedua, barulah Kedah mempamerkan kelas mereka dengan membenam Felda 2-0 sekaligus menang 3-1 secara agregat.

Bagi JDT pula, di peringkat suku akhir, mereka berjaya membenam cabaran Melaka United. Johor Darul Ta’zim mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2. Di peringkat separuh akhir, JDT menerima cabaran sebenar pada perlawanan separuh akhir pertama. Perak berjaya mengikat juara Liga Super tersebut. Namun pada perlawanan timbal balik, JDT memperkemaskan barisan dan hasilnya berjaya memenangi perlawanan dengan 4-1 secara agregat.
Mampukah Kedah memenangi kejuaraan keenam mereka dalam pertandingan Piala Malaysia ? Atau Johor Darul Ta’zim akan merangkul gelaran pertama mereka ? Menarik untuk kita saksikan! 

(Visited 11 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up