Slogan InikanBola Slogan InikanBola
AFC
Tue, 31, Oct, 2017, 10:00 AM | Oleh

Mungkinkah Ini Yang Pertama?

#5HariLagi #Final #PialaMalaysia2017

Menjelang 5 hari menuju perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2017 antara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah, hari ini kita akan membincangkan peluang JDT untuk memenangi satu-satunya piala yang mereka belum pernah menang sejak penjenamaan semula pada musim 2012, iaitu Piala Malaysia.

Johor Darul Ta’zim sudah memenangi pelbagai trofi yang dipertandingkan dalam saingan Liga Malaysia. Mereka juga berjaya memenangi trofi di peringkat Asia iaitu Piala AFC pada 2015. Sebelum perlawanan akhir edisi kali ini, JDT berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia hanya sekali sahaja iaitu pada edisi 2014. Pada perlawanan tersebut, mereka tewas kepada Pahang menerusi sepakan penalti. JDT berjaya mendahului Pahang yang ketika itu bermain dengan 10 orang. Tetapi kesilapan barisan pertahanan menghadiahkan gol penyamaan buat Pahang sekaligus perlawanan diheret ke masa tambahan.

Perjalanan JDT menuju perlawanan akhir nyata mencabar. JDT berjaya muncul sebagai juara kumpulan D pada peringkat kumpulan. Pada peringkat suku akhir, JDT bertemu Melaka United. Mereka menang besar 4-1 pada perlawanan pertama sebelum seri 1-1 pada perlawanan kedua. Pada peringkat separuh akhir, JDT menerima cabaran getir daripada Perak. Namun akhirnya, mereka berjaya mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-1.

Mampukah Johor Darul Ta’zim memenangi Piala Malaysia kali ini ? Mampukah mereka mendakap satu-satunya piala yang belum ada dalam kabinet trofi mereka ? Lontarkan pandangan anda!

(Visited 9 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up