Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Goal.com
Wed, 1, Nov, 2017, 10:00 AM | Oleh

Hadiah Perpisahan ?

#3HariLagi #Final #PialaMalaysia2017

Pemain import Kedah, Ken Ilso Larsen dan Zac Anderson akan bermain perlawanan terakhir mereka untuk pasukan Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim pada sabtu. Kontrak kedua-dua pemain import ini tidak disambung oleh pihak pengurusan Kedah. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat Kedah. Bagi mereka, kedua-dua pemain ini telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dan berjaya membantu pasukan memenangi dua piala dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini.

Ken Ilso nyata menjadi aset penting buat pasukan Kedah musim ini. Dalam saingan Liga Super, Ken Ilso menjaringkan 15 gol musim ini. Dalam saingan Piala FA, beliau berjaya merekodkan 5 gol termasuk satu gol dalam perlawanan akhir. Dalam saingan Piala Malaysia pula, setakat ini beliau merekodkan 5 gol. Berdasarkan statistik ini, kita tahu Ken Ilso ialah seorang penyerang yang prolifik.

Bagi Zac Anderson pula, gandingan beliau bersama Khairul Helmi atau Syawal Nordin nyata berjaya membentuk satu gandingan pertahanan yang mantap. Meskipun Anderson bergelut dengan kecederaan pada pertengahan musim, tetapi beliau berjaya membantu pasukan Kedah untuk memenangi dua piala dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Akankah kejuaraan Piala Malaysia kali ini merupakan hadiah terakhir buat Kedah daripada dua pemain import ini sebelum mereka melangkah keluar? Berikan pandangan anda!

(Visited 16 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up