Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Inikan Bola
Thu, 2, Nov, 2017, 8:00 PM | Oleh

Siapa Yang Lebih Handal?

#2HariLagi #Final #PialaMalaysia 

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita menyaksikan pertembungan diantara pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2017 di Stadium Shah Alam. Dalam penulisan kali ini, kita akan mengupas tentang penyerang utama dalam pasukan Kedah dan Johor Darul Ta’zim iaitu Ken Ilso Larsen dan Mohammed Ghaddar.

Kebolehan kedua-dua pemain ini untuk menjaringkan gol memang tidak boleh dipersoalkan lagi. Dalam saingan Liga Super, Ken Ilso berjaya menjaringkan 15 gol bagi pasukan Kedah musim ini. Bagi Ghaddar pula, beliau berjaya menjaringkan 23 gol dalam saingan musim ini bagi pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kelantan. Dalam saingan Piala Malaysia pula, Ghaddar berjaya menjaringkan 6 gol manakala Ken Ilso pula menjaringkan 5 gol setakat ini. Statistik ini sudah cukup untuk membuktikan ketajaman mereka di depan gawang. Walaupun jaringan Ghaddar lebih banyak daripada Ken Ilso, namun pentas akhir Piala Malaysia ialah satu pentas yang berbeza. Para pemain sudah semestinya akan merasai tekanan tinggi daripada peminat. Tempo permainan juga akan berbeza daripada biasa.

Penyerang mana yang akan menyerlah pada perlawanan akhir nanti? Adakah Ghaddar akan meneruskan rentak jaringan beliau? Atau Ken Ilso berjaya menyumbang gol sekaligus memberikan Kedah hadiah terakhir sebelum beliau meninggalkan pasukan? Lontarkan pandangan anda!

(Visited 22 times, 1 visits today)

Aksi Berkaitan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up