#FinalPialaMalaysia2017

Today is the day! Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah akan berlangsung hari ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan terakhir dalam kalendar Liga Malaysia ini bakal menentukan siapa yang akan menjadi juara Kejohanan tertua di Asia Tenggara ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini menemukan dua pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Pasukan JDT berjaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka dengan menjuarai Liga Super. Manakala pasukan Kedah pula gagal untuk mengekalkan rentak pada pertengahan musim sekaligus menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-4 musim ini. Kedah berjaya memenangi Piala FA dan juga Piala Sumbangsih pada musim ini. Manakala Johor Darul Ta’zim berjaya memenangi kejuaraan Liga Super.
Dalam 5 perlawanan terakhir, JDT hanya menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka. Manakala pasukan Kedah pula berjaya memenangi 2 daripada 5 perlawanan terakhir mereka. Prestasi semasa kedua-dua pasukan boleh dikatakan tidak memberangsangkan. Tetapi, pentas perlawanan kali ini bukan pentas biasa-biasa. Sengat dia lain macam.

Rekod pertemuan terakhir bagi kedua-dua pasukan pula berpihak kepada JDT dengan dua kemenangan dan tiga seri. Manakala Kedah pula hanya mampu mengutip 3 seri dalam 5 pertembungan terakhir menentang JDT.

Pasukan mana yang akan menjulang Piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara ini ? Adakah Kedah akan mengekalkan piala tersebut di Darul Aman ? Atau Johor Darul Ta’zim berjaya merampas piala tersebut dan membawa pulang ke markas mereka ? Lontarkan pandangan anda!

Leave a Reply