Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Mon, 6, Nov, 2017, 8:00 PM | Oleh

Siapa yang sesuai ?

Setelah pasukan Kedah tewas kepada Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, jurulatih mereka iaitu Nidzam Adha Yusoff meminta kepada persatuan bola sepak Kedah (KFA) untuk mencari ketua jurulatih yang baru bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Beliau berpendapat bahawa jawatan ketua jurulatih itu adalah tanggungjawab besar dab beliau masih lagi dalam tempoh belajar. Kontrak Nidzam Adha masih lagi berbaki satu musim. Akan tetapi, beliau nampaknya mahu meneruskan tugas sebagai penolong jurulatih buat pasukan Kedah pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Prestasi Kedah di bawah bimbingan Nidzam Adha boleh dikatakan baik. Beliau berjaya membimbing Kedah memenangi Piala FA dengan menewaskan pasukan Pahang dalam perlawanan akhir. Namun, prestasi Kedah dalam saingan Liga Super musim ini pula sedikit terumbang-ambing. Kedah terpaksa melepaskan kedudukan kedua dalam Liga kepada pasukan Pahang musim ini manakala pasukan Kedah pula hanya menamatkan saingan di tangga keempat.

Jurulatih manakah yang sesuai untuk mengambil alih kerusi panas ketua jurulatih pasukan Kedah ? Adakah Ramon Marcote akan kembali ? Atau ada jurulatih lain yang KFA sedang pertimbangkan bagi mengemudi pasukan bagi saingan musim hadapan ? L

(Visited 28 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up