Slogan InikanBola Slogan InikanBola
FourFourTwo
Mon, 6, Nov, 2017, 1:00 PM | Oleh

Syafiq Ahmad sebagai “bucu pedang”?

Penyerang muda pasukan Kedah, Syafiq Ahmad turut tersenarai dalam kem latihan bersama skuad kebangsaan sebagai persiapan untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada minggu depan di Thailand.
Skuad kebangsaan akan berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa depan, untuk dua aksi menentang Korea Utara pada 10 November dan 13 November nanti.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersetuju supaya perlawanan tersebut di mainkan di gelanggang yang berkecuali berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia-Korea Utara.
Berbaki tiga perlawanan lagi, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B selepas hanya meraih satu mata yang hanya seri menentang Hong Kong dan tewas kepada Hong Kong dalam perlawanan timbal balik tempoh hari.
Diharapkan pemain berbakat ini dapat menjadi ‘bucu pedang’ pasukan skuad kebangsaan untuk menentang Korea Utara. Pasukan kebangsaan wajib menang 2 perlawanan ini bagi mencerahkan lagi peluang untuk bersaing dalam kumpulan B.

(Visited 33 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up