Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Terengganu Times
Wed, 8, Nov, 2017, 6:00 PM | Oleh

Issey Kemana ?

Pasukan yang baru sahaja naik ke Liga Super, Terengganu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak salah satu pemain import mereka iaitu Issey Nakajima Farran. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan reaksi berbeza dikalangan peminat Terengganu. Ada yang bersetuju namun tak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Rekod Issey bersama pasukan Terengganu musim ini boleh dikatakan bagus. Dalam saingan Liga Perdana musim ini, beliau menjaringkan 8 gol. Dalam saingan Piala FA pula, beliau hanya menjaringkan satu gol dan tambahan dua gol dalam saingan Piala Malaysia. Secara keseluruhan, Issey menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan buat Terengganu. Hanya seorang lagi pemain import Terengganu, Kipre Thcetche menjaringkan lebih banyak gol berbanding beliau.

Sejak ketibaan beliau di bumi Terengganu, beliau terus menjadi pemain kegemaran peminat. Sifat terbuka beliau serta prestasi cemerlang pada musim pertama beliau mewakili Terengganu menjadi faktor utama. Tambahan pula, Issey ni suka nasi dagang. So bertambah sayang la peminat Terengganu ni dekat dia.

Kemanakah destinasi Issey seterusnya ? Baru-baru ini beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Negeri Sembilan dan Selangor. Menurut kami jika ada pasukan dari Liga Malaysia yang berjaya mendapatkan tandatangan Issey, ia adalah satu hal yang bagus. Kerana pemain ini adalah penyerang yang boleh bermain di mana saja posisi di bahagian serangan.

(Visited 302 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up