Slogan InikanBola Slogan InikanBola
ESPN FC
Thu, 9, Nov, 2017, 2:45 PM | Oleh

PBNP Sahkan 8 Pemain Musim Ini Digugurkan

PBNP Sahkan 8 Pemain Musim Ini Digugurkan

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang telah pun mengesahkan seramai lapan pemain musim ini digugurkan. Antara

pemain tersebut adalah Saiful Nizam Miswan, Heo Jaewon dan Nordin Alias, masing-masing di posisi pertahanan

serta penjaga gol utama, Wan Azraie Wan Teh,

 

Selain itu, Joseph Kallang Tie Ahmad Syamim Yahya dan Nurridzuan Abu Hassan yang beraksi di bahagian tengah manakala Ashari Samsuddin (penyerang).

Dengan pengesahan tersebut, skuad Tok Gajah masih mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Yamil Romero (Argentina), Matheus Alves dari Brazil, dan Mohamadou Sumareh (Gambia).

Setakat ini hanya satu pemain iaitu Wan Azraie yang mengesahkan kembali menyarung jersi Terengganu manakala tujuh lagi pemain tidak dapat disahkan pasukan baharu yang bakal mereka sertai musim depan.

Skuad Tok Gajah pada musim ini gagal mendapatkan sebarang piala pada musim ini, namun pencapaian mereka agak baik dengan mendapat tempat kedua Liga Super, bergelar naib juara Piala FA, dan layak ke suku akhir Piala Malaysia. Pencapaian tersebut lebih baik berbanding musim lepas yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

Diharapkan pasukan Pahang dapat memberi saingan yang lebih sengit lagi pada musim Liga Super yang baharu nanti.

(Visited 265 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up