Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Mon, 13, Nov, 2017, 3:30 PM | Oleh

Evan dan Ilham Semakin Hampir Ke Selangor.

Pasukan Bhayangkara FC telah mengesahkan kejuaraan Liga 1 Indonesia berada di genggaman mereka pada semalam walaupun mereka tewas 2-1 kepada pasukan Persija Jakarta. Lantas, dua pemain utama mereka iaitu Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan tersebut dan menyertai pasukan Liga Super iaitu pasukan Selangor. Berita ini disambut dengan hati yang terbuka oleh peminat Selangor kerana mereka telah kehilangan pemain import kesayangan mereka selama 4 musim iaitu Andik Vermansyah. Selangor memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Andik.

Nama Evan Dimas bukanlah asing di arena bola sepak Asia tenggara. Beliau pernah menjalani proses percubaan untuk pasukan Espanyol B dalam saingan Liga Sepanyol namun masalah kecederaan teah menghambat rentak beliau. Evan Dimas juga pernah membantu Indonesia memenangi kejohanan AFF bawah 19 tahun pada tahun 2013. Sebelum ini, nama beliau juga dikaitkan dengan pasukan Selangor untuk digandingkan bersama Andik namun tidak menjadi kenyataan.

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan pasukan Selagor ialah Ilham Udin Armayn. Beliau merupakan rakan pasukan Evan ketika mewakili pasukan Indonesia bawah 19 tahun. Ilham mampu untuk bermain di posisi pemain sayap dan juga penyerang. Sejak mewakili Bhayangkara, beliau berjaya menjaringkan 13 gol. Besar kemungkinan pemain berusia 21 tahun ini akan menggantikan tempat yang ditinggalkan Andik Vermansah. Pasukan Selangor sinonim dengan pemain dari Indonesia kerana legasi yang telah ditinggalkan oleh Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy.

(Visited 136 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up