Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Mon, 13, Nov, 2017, 1:00 PM | Oleh

Wajib menang!

Kekalahan 4-1 di tangan Korea Utara pada perlawanan kelayakkan Piala Asia 2019 pada Juamaat minggu lalu nyata menambah lagi duka para peminat bola sepak kebangsaan. Dengan kekalahan tersebut, peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia semakin tipis. Hari ini, Malaysia akan sekali lagi berdepan dengan Korea Utara. Keputusan yang diraih pada hari ini nyata penting. Malaysia wajib menewaskan Korea Utara dan mengharapkan Hong Kong tewas kepada Lebanon. Jika tewas, maka kita harus mengucapkan “sayonara” pada kejohanan Piala Asia 2019. Setelah perlawanan menentang Kore Utara, Malaysia dijadualkan berdepan Lebanon bagi menutup kempen kelayakkan Piala Asia kali ini.

Kempen kelayakkan Piala Asia kali ini nyata satu kempen yang mengecewakan bagi pasukan kebangsaan. Setakat ini, Malaysia masih lagi belum berjaya mengutip kemenangan dan hanya berjaya mengutip satu mata sahaja. Dikhabarkan dua pemain iaitu Fazly Mazlan dan Syameer Kutty Abba mengalami kecederaan pada perlawanan Jumaat lalu dan tidak akan diturunkan pada perlawanan hari ini. Ketua pasukan, Safiq Rahim yang digantung pada perlawanan pertama dijangka akan mengemudi jentera tengah negara. Besar kemugkinan Nelo Vingada akan merombak barisan utama untuk perlawanan hari ini.

Satu perlawanan penentuan bagi skuad kebangsaan. Jika menang maka kita masih lagi mempunyai peluang dan memulihkan maruah kita. Jika tewas, maka kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia 2019.

(Visited 84 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up