Slogan InikanBola Slogan InikanBola
FourFourTwo
Wed, 15, Nov, 2017, 5:00 PM | Oleh

Beralih Fokus Kepada Pemain Naturalisasi ?

Seetelah berakhirnya cabaran Malaysia dalam kempen kelayakkan Piala Asia 2019, ramai yang mencadangkan untuk mengubah struktur dalam skuad kebangsaan. Perubahan ini termasuklah dari segi pemilihan pemain. Ramai yang berpendapat bahawa emain yang sedia ada sekarang ini sudah tidak mampu lagi untuk menggalas cabaran di pentas antarabangsa. Lantas, selain menggantikan mereka dengan pemain dari skuad bawah 22 tahun negara, pemain naturalisasi dilihat sebagai satu lagi pilihan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dialami oleh skuad kebangsaan ketika ini.

Skaud kebangsaan kita sudah mempunyai pemain kacukan seperti Matthew Davies, Kiko Insa, Junior Edstal dan Darren Lok. Prestasi mereka kami boleh katakan bagus kerana sesetengah daripada mereka mampu untuk bermain dengan baik. Akan tetapi, skuad kebangsaan masih lagi belum diwarnai oleh pemain naturalisasi. Jadi adakah hal ini berbaloi untuk dicuba ?

Jika kita membincangkan tentang pemain naturalisasi, pasti kita akan merujuk Filipina dan Indonesia. Pasukan Filipina dahulu ialah pasukan belasahan di peringkat antarabangsa. Namun setelah mereka memutuskan untuk menggunakan pemain naturalisasi, prestasi mereka melonjak naik. Ranking Filipina juga telah jauh meninggalkan Malaysia. Terdapat beberapa pemain yang boleh diambil kira jika kita mahu sistem ini dilaksananakan. Seperti contoh, Guilherme De Paula yang sudah 4 tahun bermain di Malaysia. Selain itu, Gabriel Guerra juga boleh dipertimbankan kerana beliau telah 4 tahun bermain di Liga Malaysia.

Jadi apa pendapat anda ? Wajarkah kita menggunakan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan ? Atau kita terus menggunakan kudrat pemain tempatan untuk menggalas cabaran Malaysia di peringkat antarabangsa ?

(Visited 36 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up