Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Malaysia Sun
Wed, 15, Nov, 2017, 12:00 PM | Oleh

Kekal Atau Tidak ?

Setelah mengalami dua kekalahan di tangan Korea Utara di Bangkok tempoh hari, maka terkuburlah peluang skuad kebangsaan untuk layak ke saingan Piala Asia 2019. Harapan tinggi para penyokong ketika Nelo Vingada baru dilantik untuk membawa skuad kebangsaan ke tahap yang lebih baik nyata tidak menjadi kenyataan. Lantas, beberapa bekas pemain dan para peminat mahu FAM menilai semula prestasi Vingada yang masih lagi gagal untuk mengutip sebarang kemenangan dalam kempen kelayakkan Piala Asia 2019.

Reaksi para peminat pula bercampur-baur. Ada yang menyatakan Vingada harus segera dipecat dan digantikan dengan jurulatih yang lain. Prestasi hambar Harimau Malaya di bawah bimbingan beliau nyata sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Namun, ada juga segelintir peminat yang mahu Vingada diberi sedikit masa lagi bagi meningkatkan mutu skuad kebangsaan. Mereka berpendapat masih terlalu awal untuk meyalahkan Vingada di atas kegagalan skuad kebangsaan.

Pada pandangan kami, bukan FAM yang harus dipersalahkan mengenai hambarnya prestasi skuad kebangsaan. Kita harus melihat bola sepak di peringkat akar umbi yang tidak diberi perhatian oleh persatuan bola sepak negeri. Kejohanan Piala Belia dan Piala Presiden seolah-olah hanya dijadikan syarat oleh mereka. Selain itu, kecenderungan pasukan di Liga Malaysia kepada pemain import juga menyumbang kepada faktor di atas.

Adakah Vingada harus dikekalkan atau tidak ? Kami berpendapat beliau harus dikekalkan dan melihat tahun 2018 sebagai kayu ukur kepada prestasi beliau. Ya tahun 2017 adalah tahun yang tidak bagus buat pasukan kebangsaan kita. Namun, kita haruslah terus berfikiran positif dan terus menyokong skuad kebangsaan kita.

(Visited 52 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up