Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Thu, 16, Nov, 2017, 3:17 PM | Oleh

Siapa Calon Yang Sesuai ?

Kegagalan Itali untuk layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 nyata menjadi sorotan di serata dunia. Jurulatih Jerman, Joachim Low berkata kejohanan Piala Dunia tanpa Itali adalah satu bencana. Bagi penulis sendiri, Piala Dunia tanpa Itali adalah kejohanan yang tidak lengkap. Para pengguna media sosial juga memberikan reaksi terhadap kegagalan juara edisi 2006 itu. Mereka simpati terhadap ketua pasukan, Gianluigi Buffon kerana beiau harus bersara dengan gagal membawa Itali mara ke Piala Dunia. Jurulatih Itali, Gian Piero Ventura telah dipecat diatas kegagalan ini. Pemecatan Ventura ini menimbulkan persoalan. Siapakah yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh beliau ?

Persatuan Bola Sepak Itali dikhabarkan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti untuk mengemudi barisan Itali. Ancelotti sudah sinonim dengan suasana bola sepak Itali. Selain itu, kemana saja beliau pergi, beliau akan memenangi kejuaraan Liga negara tersebut. Pengalaman beliau yang luas boleh digunakan oleh FA Itali untuk membina semula pasukan yang terkenal dengan gaya permainan “catenaccio” tersebut.

Selain Ancelotti, kami berpendapat bahawa ada lagi beberapa nama yang boleh diambil kira. Antaranya ialah bekas pengendali Manchester City, Roberto Mancini. Mancini pernah menyuarakan hasrat berminat untuk menjadi ketua jurulatih apabila Antonio Conte memutuskan untuk mengambil alih jawatan di Stamford Bridge. Namun, FA Itali bertindak tidak mengendahkan Mancini dan beralih kepada Ventura. Sekarang baru ada akal mereka ni. Selain Mancini, nama Antonio Conte dan Fabio Cannavaro turut disebut-sebut sesuai untuk mengisi kerusi kosong tersebut. Apa pandangan anda ? Jurulatih yang mana sesuai ?

(Visited 22 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up