Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Penang FA
Fri, 17, Nov, 2017, 8:30 PM | Oleh

Sesi Wawancara Eksklusif Bersama Azidan Sarudin

Baru-baru ini Inkan Bola berkesempatan menemu-bual bekas pemain Pahang, Selangor dan juga Kuala Lumpur, Azidan Sarudin menerusi perbualan melalui telefon. Beliau menceritakan tentang proses awal karier beliau ketika bersama Kuala Lumpur dan juga kenangan manis beliau semasa mewakili Selangor dan juga Pahang. Berikut adalah hasil temu bual kami bersama beliau.

Inikan Bola: Semasa memulakan karier bersama pasukan Kuala Lumpur, adakah posisi asal anda sebagai pemain tengah atau posisi lain ?

Azidan: Ya posisi saya memang sebagai pemain tengah sama ada pemain tengah bertahan atau pemain tengah menyerang.

Inikan Bola: Semasa anda memulakan karier anda, siapakah idola anda pada masa tu ?

Azidan: Idola saya ialah pemain yang mempunyai nama yang hampir dengan saya iaitu Zinedine Zidane.

Inikan Bola: Pada tahun 2011, anda menyertai pasukan Selangor. Apakah faktor utama yang membuatkan anda menerima tawaran pasukan Selangor ketika itu ?

Azidan: Selain tawaran dari Selangor, ketika itu saya juga menerima tawaran daripada pasukan ATM, PDRM. Sebab saya memilih Selangor adalah saya mahu bermain disamping pemain-pemain yang saya minat masa tu. Antara pemain tersebut ialah Amri Yahyah, Hardi Jaafar, Khairul Anuar Baharum dan Hamsani Ahmad. Sebagai pemain senior, mereka akan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda. Tahun pertama merupakan masa yang terbaik saya bersama Selangor. Saya mempunyai masa terbaik ketika mewakili Selangor. Tetapi tahun kedua bermulanya penghijrahan beberapa pemain antaranya Safiq Rahim yang menyertai JDT.

Inikan Bola: Apakah memori terbaik anda ketika bersama Selangor ?

Azidan: Memenangi Liga Super bersama Selangor kerana sepanjang saya bersama pasukan Kuala Lumpur, saya belum pernah memenangi gelaran Liga Super.

Inikan Bola: Anda memenangi Piala FA dan Piala Malaysia sepanjang dua musim bersama Pahang. Perlawanan akhir manakah yang menurut anda merupakan perlawanan akhir yang paling diingati ?

Azidan: Perlawanan akhir yang saya akan ingat sampai bila-bila ialah perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 ketika menentang JDT. Sebenarnya pada peringkat separuh akhir juga meninggalkan memori manis kepada saya. Kami ketinggalan 3-1 kepada Kedah pada separuh akhir pertama. Menjelang separuh akhir kedua, Tengku Muda Pahang memberi kata-kata semangat kepada kami. Kemudian pasukan Pahang berjaya menang 5-0 pada perlawanan akhir kedua. Tahun 2014 merupakan tahun yang paling manis bagi saya kerana selain memenagi piala, anak saya dilahirkan pada tahun tersebut.

Pada hujung 2015 pula, ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor, saya mendapat kecederaan. Setelah itu, situasi saya bersama Pahang ketika itu tergantung. Mereka tidak memberi sebarang respon kepada saya. Kemudian Kuala Lumpur menghubungi saya dan bersedia mengambil saya walaupun saya cedera masa tu. Apabila saya gagal untuk pulih daripada kecederaan, saya digugurkan dan pasukan Air Asia FC pada ketika itu mengambil saya. Ketika bersama Air Asia saya sudah cergas sepenuhnya. Tetapi saya tidak mendapat peluang bermain. Situasi sama berlaku ketika saya berhijrah ke Kuala Lumpur. Saya seperti memberontak dengan keadaan tersebut. Semasa saya cedera, mereka menambil saya. Akan tetapi apabila saya sudah pulih, saya tidak diberikan kesempatan bermain.

Inikan Bola: Anda kemudiannya beraksi bersama pasukan Pulau Pinang pada pertengahan musim ini. Apa yang menyebabkan anda menerima tawaran mereka ?

Azidan: Saya ada menghubungi ketua jurulatih Penang iaitu Zainal Abidin Hassan. Apabila Pulau Pinang menerima saya untuk menyertai mereka, saya berjaya mendapatkan keyakinan dan kecergasan saya semula apabila mendapat minit bermain bersama Pulau Pinang.

Inikan Bola: Skuad Bawah 22 tahun kita sedang berada dalam prestasi terbaik. Pada pendapat anda sebagai pemain tengah, pemain tengah manakah yang menurut anda merupakan pemain harapan skuad kebangsaan pada masa akan datang ?

Azidan: Bagi saya Syameer Kuty Abba dan Nor Azam Azih mampu pergi lebih jauh pada masa hadapan. Kombinasi kedua pemain ini sangat bagus. Ketika awal mula saya datang ke Penang, beliau kelihatan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Saya memberi nasihat kepada beliau agar melakukan perkara yang senang dahulu. Apabia tahap keyakinan anda sudah menaik, barulah anda boleh mencuba perkara yang lain.

Inikan Bola: Siapakah pemain terbaik yang pernah anda bermain bersama ?

Azidan Sarudin: Bagi saya, pemain terbaik yangs aya pernah bermain bersama ialah Amri Yahyah dan Hafiz Kamal. Amri Yahyah pada pandangan saya selalu memberikan 100 % buat pasukan ketika perlawanan. Bagi saya, dia seperti “magic”. Tidak hairanlah beliau pernah digelar “Golden Boy”. Bagi Hafiz Kamal pula, saya dengan dia bagaikan ada satu “chemistry” yang baik.

Inikan Bola: Semasa bersama Pahang, anda dan Hafiz Kamal terkenal dengan sepakan percuma. Adakah latihan khas untuk anda berdua semasa latihan ?

Azidan: Kami berdua selalu melakukan latihan sepakan percuma setelah tamat sesi latihan. Apabila “direct freekcik”, Hafiz akan mengambil sepakan tersebut. Selain sepakan percuma, saya juga mengambil sepakan penjuru. Pada musim 2014-2015, saya mempunyai “assist” terbanyak melalui sepakan percuma dan sepakan penjuru.

Inikan Bola: Ada nasihat yang mahu diberikan keada barisan pemain muda negara ?

Azidan: Nasihat saya apabila bermain di atas padang, jangan terikut emosi. Permainan bola sepak bukan saja menggunakan kaki tetapi juga menggunakan otak. Bermain secara bijak. Lebih “simple” gerakan dan permainan anda lebih bagus kerana anda menggunakan tenaga yang sedikit.

Itulah sedikit-sebanyak sesi temu-ramah kami bersama pemain Pulau Pinang Azidan Sarudin. Nantikan lebih banyak artikel daripada kami.

(Visited 133 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up