Slogan InikanBola Slogan InikanBola
T-Team FC
Thu, 23, Nov, 2017, 10:12 AM | Oleh

Apa Nasib Mereka ?

Pasukan T-Team disahkan tidak akan mengambil bahagian di saingan Liga Super musim hadapan bagi memberi laluan kepada transformasi yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Pasukan T-Team dibubarkan selepas 10 tahun kewujudan mereka dalam kancah bola sepak Malaysia dan digantikan dengan pasukan baharu iaitu Terengganu FC II. Perubahan yang dilakukan oleh PBSNT ini sekaligus menimbulkan tanda tanya. Apakah nasib beberapa pemain T-Team yang kontrak mereka tamat pada penghujung bulan ini ? Khabarnya hanya 11 pemain skuad T-Team bakal diserapkan ke dalam pasukan Terengganu FC II yang akan beraksi dalam Liga Perdana.

Selain nasib pemain, barisan jurulatih yang diketuai oleh jurulatih dari Indonesia Rahmad Darmawan juga enggan menerima tawaran untuk mengemudi pasukan Terengganu FC II bagi saingan musim hadapan. Antaranya ialah penolong ketua jurulatih, Satia Bagdja Ijatna. jurulatih kecergasan, Rasiman dan jurulatih penjaga gol, Kurnia Sandy. Seorang lagi penolong jurulatih, Azhari Salim juga masih tidak pasti tentang masa depan beliau bersama pasukan.

Musim hadapan, kita akan melihat tiga pasukan berbeza bagi pasukan Terengganu. Pasukan utama iaitu Terengganu akan bermain di Liga Super. Pasukan kedua iaitu Terengganu FC II akan bermain di Liga Perdana manakala Terengganu FC III akan bermain di Liga FAM musim hadapan.

(Visited 42 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up