Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sat, 25, Nov, 2017, 3:30 PM | Oleh

Bagaimana Jerman Membangunkan “TALENTFÖRDERPROGRAMM,” Untuk Menjamin Produksi Pemain Muda?

Pada penghujung musim panas 2002, beberapa bulan selepas Jerman kalah kepada Brazil pada perlawanan akhir Piala Dunia 2002 Jepun – Korea Selatan, DFB memperkenalkan “Program Pembangunan Bakat”.

Ini merupakan inisiatif Gerhard Mayer-Vorfelder, presiden DFB pada masa itu, 390 pusat latihan di seluruh Jerman telah ditubuhkan di mana bakat bolasepak yang patut digilap lebih lanjut akan memulakan latihan mereka. Pada mulanya, asas-asas ini melatih anak-anak muda berumur antara 11 tahun hingga 17 tahun, dan kini, ianya melatih kumpulan umur antara 11 tahun hingga 14 tahun.

Sekali seminggu, sebagai tambahan kepada rutin latihan biasa kelab, DFB menjemput bakat-bakat terbesar di kawasan untuk “sesi tambahan” dalam program pembangunan bakat.

Tidak seperti di dalam kelab mereka, jurulatih di pangkalan bakat kami mempunyai cukup masa untuk memastikan setiap keperluan individu itu tercapai,” jelas Jörg Daniel, pengarah program pembangunan bakat.

Pada tahun 2007, program ini menambahbaik kaedah mereka dengan orientasi baru diperkenalkan iaitu pendidikan khusus dalam bidang teknikal dan taktikal yang mana boleh memberi manfaat kepada pemain elit. Intipati dasar yang kuat yang telah membantu membangunkan program ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini akan membangunkan pendidikan yang secara khusus mensasarkan perkembangan pemain elit.

Dengan bantuan dari Persatuan Bolasepak Wilayah (FA Negeri), pembangunan pemain muda berusia 11 hingga 14 tahun telah dipindahkan sebagai untuk memudahkan perkembangan pendidikan akademik pemain. Kumpulan umur lebih tua telah diintegrasikan ke pusat pembangunan kelab profesional dan menerima pendidikan terbaik di sana.

Dengan kira-kira 25500 kelab bola sepak di Jerman, pusat pembangunan bakat sebanyak 390 buah itu memberikan nisbah kasar sebanyak 65 buah kelab untuk setiap pusat latihan. Oleh itu, peninjauan bakat lebih mudah dibentuk, yang membolehkan peninjau mendapatkan pemainyang berpotens. Setiap bakat diberi peluang yang sama untuk menunjukkan bakat, dibangunkan dan ditaja. Itulah tuntutan “TALENTFÖRDERPROGRAMM,”. Kira-kira 22,000 kanak-kanak dan remaja mendapat peluang untuk dipromosi bagi setiap tahun.

Kira-kira 1,200 jurulatih, yang bekerja dengan DFB, akan menjalankan sesi latihan. Selain aspek fizikal yang diperlukan di padang, program pembangunan bakat juga memerlukan kepakaran di bahagian teknikal di padang yakni bahagian pengurusan teknikal dan taktikal. DFB telah melantik 29 penyelaras sepenuh masa untuk organisasi projek ini. Mereka bekerjasama rapat dengan Persatuan Bola Sepak Wilayah untuk memastikan operasi dan komunikasi yang lancar bertujuan untuk mempunyai satu konsep falsafah permainan yang sama. Oleh itu, penyelaras memainkan peranan utama dalam konsep pembangunan belia.

Fakta bahawa DFB melabur sekitar €10 juta setahun menunjukkan betapa pentingnya program pembangunan bakat. Pada dasarnya, program pembangunan bakat ini direka untuk menjadi nilai tambah yang ideal untuk asas-asas tambahan konsep belia DFB yang merangkumi perkhidmatan jurulatih, kerjasama dari pihak sekolah, pusat peningkatan prestasi kelab profesional dan pasukan kebangsaan bagi peringkat umur yang lebih muda. Sejak 2006, konsep pembangunan bakat juga diuji secara saintifik melalui penyelidikan dan analisis.

DFB telah menjadikan pembangunan pemain muda mereka sebagai salah satu keutamaan mereka. Sangat sukar untuk melihat apakah pemain bola sepak muda dapat berkembang menjadi profesional yang berkualiti di masa depan, memandangkan struktur bola sepak yang sangat kompleks. Adalah penting bagi pemain B14 untuk memiliki kemampuan bermain bola sepak yang baik, tetapi itu tidak pernah menjadi jaminan bahawa mereka akan berjaya membuat kemunculan pada tahap profesional.

Bukti itu adalah fakta bahawa pada 90-an, hanya separuh sahaja daripada pemain yang membuat kemunculan pasukan kebangsaan mereka adalah pemain muda pasukan kelab divisyen teratas Jerman ketika berusia 15 atau 16 tahun. Yang lain pula terdiri daripada bakat-bakat terkemuka di negeri masing-masing, tetapi hanya menjadi pemain yang bertaraf dunia hanya di peringkat seterusnya dalam perkembangan mereka. Adalah penting untuk mengelak daripada memberi tumpuan kepada hanya sekumpulan kecil bakat dan dengan itu membuang sebahagian besar lain pemain muda yang berbakat.

Sebaliknya, matlamat DFB adalah untuk memperoleh pemain muda yang berbakat dan bermotivasi di Jerman dan membangunkannya sebaik mungkin. Untuk memastikan gaya latihan yang berkesan, setiap pangkalan pembangunan belia mewujudkan dua kumpulan tidak lebih daripada 30 pemain. Satu kumpulan pelatih B11 dan pemain B12, manakala kumpulan lain memberi tumpuan kepada kumpulan umur B13 dan B14. Sistem peninjau bakat yang memenuhi syarat dan meluas dalam kumpulan umur ini adalah unik di Jerman.

Catatan: Artikel diatas ditulis oleh Saudara Azman Mukhsin. Jika anda mempunyai sebarang artikel yang ingin dihantar, hubungi kami melalui laman media sosial Inikan Bola.

Sumber: https://www.dfb.de/en/projects/talent-development-programme/

(Visited 45 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up