Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Astro Arena
Tue, 28, Nov, 2017, 11:17 AM | Oleh

Abu Bakar Fadzim Setia

Ketua jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim menolak tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Kelanatan (KFA) untuk menjadi ketua jurulatih pasukan pantai timur tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Abu Bakar memilih untuk kekal bersama PKNP dan mahu meneruskan perancangan sekaligus memenangi trofi bersama pasukan tersebut.

Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, PKNP FC dibawah bimbingan Abu Bakar Fadzim telah berjaya layak ke saingan Liga Perdana musim ini setelah menjadi naib juara Piala FAM musim 2016 lalu. Mereka tewas kepada pasukan MISC-Mifa dalam perlawanan akhir. Prestasi yang cemerlang untuk pasukan yang boleh dikatakan baru dalam saingan Liga Malaysia. Selain itu, Abu Bakar Fadzim juga berjaya membimbing Sahrel Fikri Fauzi menjadi pemain bintang buat pasukan PKNP FC. Di atas kecemerlangan pemain yang akrab disapa Eki itu, beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsan ketika kempen kelayakkan Piala Asia 2019.

Sebelum diberi mandat menjadi ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim memulakan karier kejurulatihan beliau bersama pasukan Perak. Beliau pernah menjadi penolong jurulatih kepada Datuk M.Karathu dan juga mendiang Karl-Heinz Weigang. Abu Bakar Fadzim sudah mempunyai pengalaman yang luas dan sudah masak dengan cabaran dalam Liga Malaysia. Musim hadapan, PKNP FC adalah salah satu pasukan yang akan menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia.

(Visited 15 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up