Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: FourFourTwo
Tue, 28, Nov, 2017, 12:48 PM | Oleh

Peluang Mereka Untuk Menyinar

Pada 23 November yang lalu, FAM telah mengeluarkan senarai 30 pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat bagi persediaan menghadapi kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun di China pada awal tahun hadapan. Beberapa nama daripada skuad Sukan SEA lalu tersenarai kali ini. Selain nama daripada skuad Sukan SEA, dalam senarai tersebut terdapat beberapa nama daripada skuad bawah 19 Tahun negara kendalian Bjan Hodak. Antara nama tersebut ialah Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) serta tidak ketinggalan, pemain Pahang berusia 19 tahun, Kogileswaran Raj.

Kami tertarik dengan tersenarainya beberapa nama daripada skuad Bawah 19 tahun negara. Ketika kempen kelayakkan Piala Asia B-19 tahun di Korea baru-baru ini, beberapa nama telah berjaya beraksi dengan baik. Antaranya ialah Hadi Fayyadh dan Nik Akif Nik Syahiran. Persembahan kedua pemain ini ketika Malaysia mengalahkan Indonesia nyata memukau peminat bola sepak negara. Hasilnya, Nik Akif diserapkan ke dalam pasukan utama Kelantan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Latihan pusat ini boleh dijadikan platform untuk pemain Bawah 19 tahun yang dipanggi untuk menambat hati ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee. Tidak mustahil mereka boleh bersaing dan tampil lebih baik daripada pemain senior mereka.

Skuad Bawah 23 tahun negara akan menjalani latihan pusat selama 3 minggu di Wisma FAM. Setelah itu, skuad B-23 akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember dan kemudian terbang terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari.

Skuad B-23 dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

(Visited 22 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up