Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Tue, 28, Nov, 2017, 6:23 PM | Oleh

Sabtu, Hujan, Traffic Jam, & Selangor Champions League

Pada hari Sabtu, 26 Nov 2017 saya berkesempatan menyaksikan 2 permainan peringkat suku akhir Selangor Champions League di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.  Rata rata saya menyaksikan 2 permainan yang menghiburkan.  Perlawanan pertama adalah diantara Hartamas Rebel FC menentang PJ Level Up FC manakala perlawanan kedua menyaksikan Klang Southern FC menentang Axis 02 PJ FC

Pagi yang panas berubah menjadi hujan di waktu petang.  Hujan yang sambung menyambung ke waktu malam.  Petang itu saya cuba pergi menyaksikan Karnival Bolasepak Akademi PKNS FC 2017 (Hari Pertama) di Kelana Jaya.  Tapi hari Sabtu + hujan + cuti sekolah = traffic jam gila gila.  Yang sempat tengok hanya acara penyampaian hadiah. Majlis pun bersurai.

Keadaan sama di jalan raya yang sesak & hujan di rata rata tempat sampai ke malam.  Setelah selesai sikit urusan yang lain, saya hanya tiba di Panasonic pada sekitar jam 9:30 malam. Kick-off on time tepat pada jam 8:30 malam. Hartamas Rebel sedang mendahului PJ Level Up dengan 2 gol berbalas 1.

Ini adalah kali pertama saya menonton permainan bolasepak amatur.  Ternyata Selangor Champions League diuruskan dengan sangat baik.  Facilities (Panasonic) cantik, terdapat banner & props pertandingan & penaja di sekitar padang.  Ada juga live streaming sedang dijalankan.  Impressive!

Berbalik kepada perlawanan.  Pasukan Hartamas Rebel yang layak ke SCL dari District League tampak lebih menguasai game.  Di babak kedua, terdapat satu free kick try oleh seorang pemain Hartamas Rebel (tak ingat pulak siapa dia) yang sungguh cantik.  Tendangan bola yang ‘curve’nya jelas kelihatan melewati benteng lawan tetapi malang sekali terkena tiang.  Pada saat saat terakhir pula PJ Level Up berjaya mendapatkan gol penyamaan.  Pada waktu tu saya dah ada gut feeling dimana Hartamas kalah penalty nanti.  Ternyata betul, dengan 3 penalti masuk berbalas 4.  PJ Level Up FC yang dari Gauchos Division, Redface Gauchos Social League dapat meneruskan perjuangan mereka ke peringkat separuh akhir.  Saya perasan kadang kadang kalau ada try yang bagus, tapi kena tiang / palang menunjukkan nasib yang kurang baik buat team.  Seperti percubaan Baddrul semasa perlawanan akhir Piala Malaysia.  Seperti Henry & Trezeguet vs Senegal di Seoul, 2002.  Banyak lagi kot contoh macam tu.  Nasib pasukan mereka? Kalah.

Saya cuma sempat menyaksikan 1st half permainan kedua antara Klang Southern FC & Axis 02 PJ FC.  Tampak Axis 02 PJ (Prestige Cup) pada malam itu mempunyai permainan yang lebih teratur berbanding dengan Klang Southern (Liga Munroe Setia Alam).  Pemain jersi #20 Axis 02 PJ: Desmond Amadi (berdasarkan leman web scl.footballselangor.my) kelihatan mempunyai skills yang bagus sebagai playmaker.  Agaknya sebab itulah Axis 02 PJ menunundukkan Klang Southern dengan keputusan 3:1.

Kesimpulannya: satu football night yang best!  Fans PJ Level Up nampak paling semangat malam tu.  Walaubagaimanapun mereka tak boleh lawan passion si Ganesan, koc PJ Level Up.  IMHO ini adalah satu ‘intro’ yang bagus kepada Selangor Champions League.  Ok jer kot nak pergi tengok game game seterusnya kalau boleh.  Hari yang hujan disini sana sampai ke malam.  Tetapi rain or shine, juara akan terus berentap.

(Visited 103 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up