Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: FAM
Wed, 29, Nov, 2017, 5:00 PM | Oleh

6 Pemain Pertahanan Bawah 23 Tahun Yang Wajib Diberi Perhatian Pada Musim Hadapan

Setelah kejayaan skuad Bawah 22 tahun negara memenangi pingat perak Sukan SEA 2017 lalu, para peminat seakan-akan mempunyai harapan baru untuk kemajuan skuad kebangsaan pada masa akan datang. Dalam penulisan kali ini, kami akan mengetengahkan 6 pemain pertahanan bawah 23 tahun yang patut diberi perhatian dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

1. Adam Nor Azlin

Kredit gambar: FourFourTwo

Pemain ini baru saja melengkapkan perpindahan beliau ke pasukan Johor Darul Ta’zim. Pada awal musim ini, beliau diletakkan sebagai penyerang oleh P.Maniam. Akan tetapi, sebelum menuju rehat pada pertengahan saingan Liga, P.Maniam menukar posisi beliau menjadi pemain pertahanan dan Adam berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang. Aksi cemerlang Adam diteruskan bersama pasukan Bawah 23 tahun negara ketika saingan Sukan SEA 2017 lalu. Musim hadapan sudah pasti peminat mahu Adam berkembang menjadi pemain yang lebih matang.

2. Matthew Davies

Kredit Gambar: FourFourTwo

Pemain pertahanan kanan sekaligus ketua pasukan Pahang ini bermain cemerlang bersama pasukan Bawah 23 tahun negara semasa Sukan SEA lalu. Pemain kelahiran Australia ini sudah bermain di Liga Malaysia sejak 2015. Kelibat beliau pada musim hadapan semestinya ditunggu peminat kerana Davies dicalonkan sebagai pertahanan kanan utama untuk skuad kebangsaan.

3. Irfan Zakaria

Muhammad Irfan Zakaria(17) during 2018 AFC U-23 Championship Qualifiers match Group H on 19 July 2017 at Supachalasai National Stadium Bangkok, Thailand. Photo by Mohammad Nur Ridzuan / www.asiana.my

Pemain ini mempunyai kelebihan untuk bermain sebagai pemain tengah ataupun sebagai pemain pertahanan tengah. Beliau bermain hampir kesemua perlawanan ketika kempen Sukan SEA skuad kebangsaan Bawah 23 tahun. Musim ini beliau beraksi cemerlang dengan membantu pasukan Kuala Lumpur mara ke saingan Liga Super musim hadapan. Musim hadapan peminat sudah pasti mahu melihat Irfan beraksi cemerlang dan sekaligus membantu skuad kebangsaan pada masa akan datang.

4. Adib Zainuddin

Kredit gambar: Semuanyajdt

Adib menjadi ketua pasukan sekaligus mengemudi jentera pertahanan negara ketika kempen Kelayakkan Piala Asia dan kempen Sukan SEA lalu. Prestasi Adib boleh dikatakan baik. Beliau dikaitkan dengan pasukan JDT setelah kempen Sukan SEA berakhir. Musim hadapan kami menjangkakan beliau ada berhijrah ke pasukan Liga Super ataupun Liga Perdana. Dengan ini, Adib dapat menaikkan lagu mutu permainan beliau.

5. Syazwan Tajuddin

Kredit gambar: Semuanya Bola

Pemain pertahanan Kedah ini baru saja pulih daripada kecederaan ACL yang dialami beliau ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2016 menentang JDT. Sebelum mengalami kecederaan, beliau mempamerkan aksi yang cemerlang bersama pasukan Kedah. Musim hadapan beliau sudah cergas sepenuhnya dan aksi Syazwan sudah pasti ditunggu-tunggu oleh peminat.

6. Wan Ahmad Amirzafran

Kredit gambar: T-Team

Bekas pemain T-Team ini akan mewakili pasukan Terengganu FC pada saingan Liga Malaysia musim hadapan. Dua musim bersama pasukan T-Team atau lebih dikenali sebagai pasukan Terengganu FC II sekarang nyata mematangkan gaya permainan beliau. Musim hadapan menjadi musim yang penting buat Amirzafran bagi membuktikan bahawa beliau boleh bermain dengan baik dan layak dipanggil ke dalam skuad kebangsaan.

(Visited 73 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up