Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Kedah FA
Thu, 30, Nov, 2017, 9:50 AM | Oleh

3 Pemain Muda Perkuat Kedah Musim Hadapan

Pasukan Kedah sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan dengan menandatangani pemain muda pasukan Perlis iaitu Zafuan Azeman. Selain Zafuan, Kedah juga mempromosikan dua pemain daripada skuad Piala Presiden pasukan iaitu Zulfahamzie Mohd Tarmizi dan Muhd Nurfiqrie Abdul Talib.

Zulfahamzie berusia 22 tahun. Beliau beraksi dibahagian tengah dan sayap serta pernah mewakili skuad muda Selangor sebelum memilih untuk mewakili skuad Kedah. Sementara Muhd Nurfiqrie juga berusia 22 tahun, beliau beraksi di bahagian pertahanan kanan dan dia antara pemain muda yang memulakan karier bersama skuad Piala Presiden pasukan Kedah sejak tahun 2014.

Dengan kehadiran Zafuan Azeman, berkemungkinan besar beliau akan menggantikan soerang lagi penyerang iaitu Syafiq Ahmad yang dikhabarkan akan meninggalkan pasukan Kedah pada musim hadapan. Syafiq dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Johor Darul Ta’zim. Manakala bagi Zulfahmie, beliau akan bersaing dengan Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon bagi merebut posisi sayap pasukan. Bagi Nurfiqrie pula, beliau akan bersaing dengan Rizal Ghazali bagi posisi pertahanan pasukan. Kami berpendapat pasukan Kedah mengambil langkah yang bijak dengan mengetengahkan pemain muda untuk diserapkan ke dalam pasukan utama.

(Visited 47 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up