Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Bernama
Sun, 3, Dec, 2017, 11:00 AM | Oleh

6 Pemain Penyerang Bawah 23 Tahun Yang Wajib Diberi Perhatian Pada Musim Hadapan

Pada artikel sebelumnya, kami menulis tentang 6 pemain pemain tengah bawah 23 tahun yang wajib diberi perhatian musim hadapan. Pada penulisan kali ini, kami akan membawakan 6 pemain penyerang bawah 23 tahun yang wajib diberi perhatian dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

1. N.Thanabalan

SHAH ALAM, 21 Ogos — Aksi penyerang negara, N. Thanabalan meraikan kejayaan di hadapan penyokong selepas menyumbat gol ketiga negara pada perlawanan Bola Sepak Kumpulan A bertemu Myanmar sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam, hari ini.
Malaysia menang 3-1.
— fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

N.Thanabalan menjadi senjata utama bagi pasukan Malaysia ketika kempen Sukan SEA 2017. Terkenal dengan kelincahan di dalam kotak penalti, Thana menjaringkan 4 gol sepanjang kempen Sukan SEA lalu. Musim hadapan beliau akan beraksi bersama pasukan Negeri Sembilan setelah menjalani proses pinjaman bersama pasukan Liga FAM, Felcra FC. Kelibat beliau pastiya menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia.

2. Akhyar Rashid

Kredit gambar: Bazookapena

Penyerang muda Kedah ini menjadi sebahagian daripada skuad Sukan SEA dan juga skuad Bawah 19 tahun negara yang layak ke kejohanan Piala Asia bawah 19 tahun. Musim ini beliau diberi peluang oleh Nidzam Adha untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia. Musim hadapan berkemunkinan besar berliau akan menggantikan Syafiq Ahmad di bahagian serangan Kedah.

3. Hadi Fayyadh Abdul Razak

Kredit gambar: FourFourTwo

Pemain Johor Darul Ta’zim II ini merupakan watak penting skuad Bawah 19 tahun negara ketika kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun di Korea Selatan. Gandingan mantap beliau bersama Akhyar Rashid melayakkan Malaysia ke kejohanan Piala Asia bawah 19 tahun. Penyerang berusia 17 tahun ini juga dipanggil untuk menyertai latihan pusat skuad bawah 23 tahun bagi persediaan kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun di China tahun hadapan.

4. Danial Asyraf Abdullah

KOTA BHARU 12 APRIL 2017. Pemain Kelantan, Mohd Danial Ashraf (tengah) melarikan bola dari kepungan dua pemain JDT, Mohd Shakir Shhari (kanan) dan Gonzalo Gabriel Cabrera dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Penyerang muda pasukan Kelantan ini sudah mewakili Kelantan sejak daripada tahun 2014 lagi. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Belia 2014. Beliau kemudian dinaikkan pangkat untuk beraksi bersama Kelantan B21 pada 2016 dan sekaligus berjaya membantu Kelantan memenangi Piala Presiden 2016.

5. Zafuan Azeman

Kredit gambar: Kedah FA

Pemain ini baru sahaja melengkapkan perpindahan beliau ke pasukan Kedah. Pada musim 2017, beliau mewakili pasukan Perlis dalam saingan Liga Perdana. Besar kemungkinan Zafuan akan bersaing dengan seorang lagi penyerang muda Kedah iaitu Akhyar Rashid bagi merebut posisi penyerang utama pasukan Kedah.

6. Jafri Firdaus Chew

Kredit gambar: Goal.com

Bekas penyerang Pulau Pinang ini menyertai pasukan PKNS FC bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Jafri tidak memnpunyai musim yang bagus bersama Pulau Pinang tetapi beliau berjaya membantu Malaysia meraih pingat perak Sukan SEA. Musim hadapan, beliau akan bersaing dengan bekas penyerang negara, Safee Sali bagi tempat dalam kesebelasan utama PKNS FC.

(Visited 41 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up