Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sun, 3, Dec, 2017, 3:31 PM | Oleh

Karnival Akademi Pro Harimau Remaja

Pagi tadi, Sabtu 1 Disember 2017 saya ke Kompleks Sukan PKNS atas jemputan Coach Sara untuk menyaksikan karnival akademi bimbingan Coach Sara, iaitu Akademi Pro Harimau Remaja.

Karnival? Bukannya Pertandingan?

Pada saya karnival ini bukan satu pertandingan semata mata, tetapi satu penghargaan terhadap bolasepak untuk anak anak buah bimbingan Coach Sara. Ada perlawanan antara pusat pusat latihan Akademi Pro Harimau Remaja dalam 3 peringkat umur: bawah 8 tahun, bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun. Memang la bila main nak menang, tetapi secara amnya dalam acara hari ini, the results don’t matter. Tak ada pun hadiah untuk johan / naib johan setiap peringkat umur. Tak ada pun majlis penyampaian hadiah. Ia lebih kepada: datang, main, & have a good time!. Ini juga mungkin secara tak resmi mengamal satu motto yang digunakan disana sini: We All Win.

Seronok saya dibuatnya melihat gelagat para pelatih, ibu bapa & keluarga, dan juga coach coach lain di bawah Coach Sara. Dalam keadaan cuaca yang sangat baik: tak hujan, dan tak juga panas terik, semua orang kelihatan suka hati mendapat peluang bertanding dan menyaksikan mereka yang bertanding. Nampak juga beberapa pelatih Coach Sara yang dah ada football moves yang menarik pada umur yang masih muda. Saya sempat berborak dan berkenalan dengan beberapa orang ibu bapa dan coach coach yang terlibat. Bukan setakat itu sahaja, karnival ini diserikan dengan kehadiran Coach Datuk K Rajagopal, Safee Sali, dan beberapa anggota PKNS FC.

‘Jeneral Sara’

Yang mungkin nampak seperti stress sikit pagi tu? Coach Sara! Sekejap kesini, sekajap kesana untuk pastikan semua acara berjalan dengan lancar. Kadang kala dia nampak macam jeneral di medan pertempuran pulak, menyampaikan arahan kepada coach coach & para pelatih didikannya di 3 padang berukuran 40 meter dimana permainan diadakan. ‘Bersuara!’, ‘Cemana?’ dan macam macam lagi Jeneral Sara berkomunikasi dengan kru & anak anak didik nya. Yang mungkin berbeza dengan jeneral di medan pertempuran dan Coach Sara di padang, Coach Sara kenal nama setiap pelatihnya. Steady la Coach!

Aksi di salah sebuah permainan peringkat Bawah 12 Tahun
Aksi di salah sebuah permainan peringkat Bawah 12 Tahun

Saya juga sempat berkenalan dengan Coach Amzani dari pusat di Bandar Sri Putra, Bangi diantara barisan coach coach berpengalaman yang berkhidmat untuk mendidik para pelatih Akademi Pro Harimau Remaja. Beliau juga merupakan seorang bekas pemain bola sepak di tahap tertinggi pada satu ketika dulu. Tentu bangak pengalaman Coach Amzani sebagi seorang pemain dapat diturunkan kepada para pelatih dibawah bimbingannya. Walaupun saya tak berkesempatan untuk mengenali semua coach coach di Akademi Pro Harimau Remaja, saya rasa setiap coach ini mesti tak kurang hebatnya.

Datuk K. Rajagopal & Safee Sali

Selain itu saya sempat jugak duduk semeja dengan Coach Datuk K. Rajagopal, Safee Sali dan beberapa orang dalam entourage mereka. Sambil sambil mereka duduk, Datuk Rajagopal ada juga menceritakan sikit sikit pengalamannya dalam arena bolasepak. Seronok saya dibuatnya. Sebelum ini saya pernah la dengar yang Datuk Rajagopal ini amat approachable orangnya. Memang ternyata benar!. Setelah sessi penggambaran rasmi dan penyampaian cenderamata, ramai ibu bapa dan pelatih mengambil peluang untuk bergambar dengan Datuk. Datuk mudah senyum, dan pendapat saya senyumannya genuine & bukan dibuat buat. Safee Sali pula sudah tentu sekali mendapat banyak permintaan untuk bergambar. Ramai juga yang meminta autographnya. Permintaan yang dilayan dengan senang hati. Best la bro Safee!

Datuk Rajagopal sedang menceritakan pengalamannya..
Datuk Rajagopal sedang menceritakan pengalamannya..

Bertuah betul ya budak budak ni. Para pelatih Akademi Pro Harimau Remaja mendapat didikan dari bekas bekas jaguh bolasepak tempatan. Ibu bapa mereka juga sangat passionate memberi peluang dan sokongan kepada anak anak mereka menimba ilmu di akademi grassroots ini. Tentu banyak masa dihabiskan dalam kenderaan masing masing untuk manghantar dan membawa pulang anak anak mereka setiap sessi latihan. Tahu tahu la jalan kita ni jam macamana!

Walaubagaimanapun, impak yang paling besar saya perhatikan adalah Coach Sara sendiri. Dengan passionnya dalam bidang pembangunan bolasepak negara melalui Akademi Pro Harimau Remaja, Coach Sara tanpa mengenal penat lelah berada di sini sana sekitar Kompleks Sukan PKNS. Walaupun banyak benda yang harus diuruskan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar, Coach Sara tetap mengambil masa untuk berbual dengan coach coach nya, ibu bapa, dan tetamu tetamu VIP. Sungguhpun begitu, pada pendapat saya yang paling menakjubkan ialah:

Coach Sara juga membantu mengagihkan makanan yang disediakan untuk semua peserta karnivalnya!
Coach Sara juga membantu mengagihkan makanan yang disediakan untuk semua peserta karnivalnya!

Untung adik adik ‘oi dapat bekas ‘hero’ bolasepak macam Coach Sara & krunya mendidik kamu. Mendapat ibu bapa yang memberi ihsan dan sokongan untuk menjadi pemain bolasepak. Manalah tahu di kalangan pemain pemain umur peringkat bawah 8, 10 & 12 tahun yang beraksi hari ini akan ada yang menjadi hero hero kita di pentas bolasepak negara nanti? Train Hard & Semoga Berjaya!

Seterusnya

Akademi Pro Harimau Remaja akan bercuti hingga ke akhir tahun. Sessi latihan seterusnya akan bermula Januari 2018. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Akademi Pro Harimau Remaja, sila ke laman Facebook mereka di sini.

Dalam usaha kami dari Inikan Bola untuk memudahkan readers dan penyokong kami mencari dan menyaksikan acara acara bolasepak yang dianjurkan oleh ‘kawan-kawan’ Inikan Bola, sila rujuk ke laman ini: inikanbola.my/acara-2 untuk mengetahui dimana acara acara bolasepak berdekatan akan diadakan.

(Visited 197 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up