Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sun, 3, Dec, 2017, 3:12 PM | Oleh

Sejenak Bersama P. Saravanan

Ingat tak nama Saravanan Perumal? Pemain pertahanan yang beraksi di liga kita akhir 90’an dan awal 2000’an? Kapten Pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Piala FA tahun 1999, Kapten Pasukan NS Cempaka yang membawa pasukannya dari Divisyen 2 ke Divisyen 1? Pemain yang juga pernah menyarung jersi kebangsaan pada tahun 1999?


P. Saravanan (No. 16) semasa mewakili pasukan Kuala Lumpur, 1997

Terima kasih kepada Dato’ Irwan Rizal, Presiden Persatuan Bekas Pemain Kuala Lumpur (Player) saya ditemukan dengan P. Saravanan dan kami sempat berborak tentang kariernya sebagai seorang pemain, dan juga aktivitinya setelah meninggalkan belasepak tahap tertinggi di Malaysia. Ternyata P. Saravanan atau sekarang lebih dekenali sebagi Coach Sara mempunyai life after football yang ternyata menarik.

Memang terlalu banyak yang boleh dicerita. Selama kita seronok layan borak borak tak sangka hampir 2 jam telah berlalu. Coach Sara menceritakan sedikit pengalamnnya sewaktu mewakili pasukan Kuala Lumpur, NS Cempaka, dan pasukan kebangsaan.

Sekarang ni Coach Sara bergiat aktif dalam pembangunan bolasepak grassroots melalui Akademi Pro Harimau Remaja, hasil inisiatif Coach Sara sendiri. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berdaftar secara rasmi pada tahun 2011, Akademi Pro Harimau Remaja sekarang mempunyai hampir 200 orang pelatih di 6 buah pusat di sekitar Lembah Kelang. Akademi ini memberi peluang kepada bakat bakat muda yang berminat bermain bola sepak mendapat latihan, bimbingan, dan juga peluang menyertai dan mendapatkan pendedahan pertandingan bolasepak grassroots yang semakin banyak diadakan di negara kita.

Apa yang saya perasan mungkin berbeza dari akademi akademi yang lain, Akademi Pro Harimau Remaja ini tidak terlalu results oriented dan lebih kepada unsur unsur know the game & love the game. Coach Sara juga menitik beratkan segi pelajaran, dan mahu membina satu perjalanan yang lebih holistic dimana gred di sekolah sama penting dengan skill di padang.

Coach Sara juga ada menceritakan persepsi ibu bapa yang sekarang ini mungkin lebih open-minded kalau anak anak mereka ingin bermain bola secara serious. Dulu dulu agak susah jugak anak anak hendak mendapat ihsan dan sokongan penuh ibu bapa untuk bermain bola.

Coach Sara berterima kasih kepada ibu bapa dan cikgu cikgu yang banyak memberi sokongan untuk membawa Akademi Pro Harimau Remaja ke tahap dimana ia berada sekarang. Sebagai tanda terima kasih kepada mereka, Karnival Akademi Pro Harimau Remaja telah diadakan pada 2 Disember 2017 di Kompleks Sukan PKNS. (Ceritanya di sini)

P. Saravan juga masih sempat melayan passionnya sebagai pemain. Walau bukan lagi di tahap yang tertinggi, P. Saravanan akan turun bermain untuk pasukan Cochrane Old Boys dalam Liga Alumni yang sedang dijalankan. Next game bagi tau, boss! Ada peluang saya nak pergi tengok!

(Visited 252 times, 2 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up