Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Goal.com
Mon, 4, Dec, 2017, 10:18 AM | Oleh

Evan Bakal Beri Nafas Baru Buat Selangor.

Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor telah menandatangani dua pemain import baharu yang berasal dari Indonesia pada sabtu. Dua pemain tersebut ialah pemain tengah skuad Bawah 23 tahun Indonesia, Evan Dimas dan pemain sayap Bhayangkara FC, Ilham Udin Armayn. Kedatangan kedua-dua pemain ini disambut baik oleh penyokong Selangor.

Ilham Udin berkemungkinan akan menggantikan tempat seorang lagi pemain import Selangor yang berasal dari Indonesia, Andik Vermansah yang tidak menyambung kontrak bersama pasukan Selangor. Pemain berusia 21 tahun ini menjadi nadi penting buat pasukan Bhayangkara FC memenangi Liga 1 Indonesia musim ini. Gaya permainan beliau juga sama persis seperti Andik. Ilham mempunyai kepantasan dan mampu untuk menggelecek bola dengan baik.

Bagi Evan Dimas pula, beliau berkemungkinan akan mengawal jentera tengah Selangor. Evan sangat bagus dan tenang ketika memegang bola dan memiliki kualiti hantarang yang baik. Kita boleh melihat prestasi Evan ketika kejohanan Sukan SEA lalu. Beliau mengawal bahagian tengah Indonesia dengan baik. Menurut kami, Evan bakal memberi nafas baru kepada Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Selain Evan dan Ilham, Selangor juga menandatangi seorang lagi pemain import iaitu Willian Pacheco. Pacheco beraksi buat kelab Indonesia, Persija Jakarta dalam saingan Liga 1 Indonesia musim ini.

(Visited 62 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up