Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: Stadium Astro
Mon, 4, Dec, 2017, 2:30 PM | Oleh

Yusri Che Lah Jadi Pembantu Jurulatih Kelantan

Bekas ketua jurulatih Felcra FC, Yusri Che Lah menjadi individu terbaru yang menyertai pasukan Kelantan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Beliau diberi mandat sebagai penolong jurulatih pasukan. Perkara ini disahkan sendiri oleh presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan. Berkemungkinan besar jawatan ketua jurulatih Kelantan akan diambil alih oleh Shatit Bensoh setelah ketua jurulatih sebelumnya, Zahasmi Ismail memutuskan untuk berpisah dengan pasukan dari pantai timur tersebut.

Nama Yusri Che Lah sememangnya boleh dikatakan sebagai legenda dalam arena bola sepak Malaysia. Penampilan cemerlang beliau ketika mewakili Perlis pada tahun 1996 menjadi titik permulaan dalam karier gemilang Yusri. Setelah bersara daripada arena bola sepak, Yusri mencuba nasib dalam bidang kejurulatihan bersama pasukan Perlis dan juga Felcra FC dalam saingan Liga FAM.

Yusri dan Shatit bakal dibantu oleh bekas pemain Kelantan, Nazaruddin Mohd. Zin. Pengalaman Yusri boleh digunakan oleh pasukan Kelantan dalam membentuk pasukan ampuh bagi saingan Liga musim hadapan. Kelantan pastinya tidak mahu mengulangi mimpi buruk musim 2017 apabila mereka hanya mampu bersaing di peringkat bawahan Liga dan menamatkan musim 2017 di tangga ke-10, hanya dibezakan satu mata dengan pasukan Sarawak yang tersingkir ke saingan Liga Perdana.

(Visited 32 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up