Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: FAM
Tue, 5, Dec, 2017, 8:00 PM | Oleh

Mampukah Mereka Menjulang Selangor ?

Pada semalam, pihak Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah mengumumkan skuad utama bagi saingan Liga Super musim hadapan. Terdapat beberapa muka lama daripada skuad musim 2017 lalu antaranya Razman Roslan dan Amri Yahyah. Tak lupa juga terdapat beberapa muka baharu seperti Joseph Kalang Tie, Azamuddim akil, Sean Eugene Selvaraj dan tiga pemain import baharu iaitu pemain pertahanan, Willian Pacheco, pemain tengah, Evan Dimas dan pemain sayap, Ilham Udin Armayn. Dan tidak ketinggalan, beberapa pemain muda turut disenaraikan dalam skuad musim hadapan antaranya Amirul Ashraf, Haziq Ridwan, D.Kugan dan Azizul Baharuddin. Dengan adanya pemain muda dalam skuad Selangor, kami tertanya-tanya. Mampukah pemain muda yang sedia ada menjulang Selangor ?

Pasukan Selangor memang dikenali sebagai kilang pengeluar untuk pemain muda. Antara produk pasukan Selangor ialah Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Asrarudin Putra Omar, Amri Yahyah dan Amirul Hadi Zainal. Kelima-lima pemain ini mula menyinar bersama pasukan Selangor sebelum berhijrah ke pasukan lain. Antara yang paling menyerlah ialah Safiq Rahim dan Amri Yahyah. Mereka berdua berjaya membantu pasukan Johor Darul Ta’zim memenangi semua piala yang dipertandingkan di Liga Malaysia dan juga Piala AFC pada 2015.

Musim lalu, Syahmi Safari, K.Kannan dan A.Namatevan menjadi nadi penting buat pasukan Selangor. Ketiga-tiga pemain ini berjaya membantu skuad serba kekurangan Selangor untuk menamatkan saingan di tangga keenam. Satu pencapaian yang bagus bagi pasukan yang dilanda macam-macam isu pada awal musim.

Mampukah pemain muda sedia ada menjulang pasukan Selangor musim hadapan ? Mampukah mereka membawa Selangor mencabar kejuaraan yang dipertandingkan musim hadapan ? Berikan pandangan anda.

(Visited 17 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up