Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: AFC
Wed, 6, Dec, 2017, 3:04 PM | Oleh

JDT Diundi Bersama Persija Jakarta

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim diundi dalam kumpulan H bersama kelab Indonesia, Persija Jakarta, kelab Vietnam, Song Lam Nghe An FC dan kelab Singapura, Tampines Rovers atau Geylang International jika mereka gagal untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan. Jika layak, maka tempat Johor Darul Ta’zim akan digantikan oleh Selangor.

Undian dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sebentar tadi. Malaysia hanya mendapat satu slot sahaja memandangkan pasukan Pahang enggan untuk turut serta dalam kejohanan berkenaan. Pahang layak untuk menggantikan pemenang Piala FA edisi 2017, Kedah yang gagal untuk mendapat lesen AFC.

JDT merupakan juara pada edisi 2015 setelah menewaskan FC Istikhlol. Pada edisi 2016, JDT tewas di peringkat separuh akhir kepada pasukan Bengaluru FC. Edisi tahun ini menyaksikan JDT tewas kepada Ceres Negros dalam perlawanan separuh akhir zon Asean.

Dalam peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia, JDT akan bertemu kelab Thailand, Muanthong United pada 30 Januari tahun hadapan.

(Visited 18 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up