Slogan InikanBola Slogan InikanBola
FourFourTwo
Wed, 6, Dec, 2017, 12:18 PM | Oleh

Kemelut Gomez-JDT

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim, Mario Gomez menegaskan bahawa beliau mahu membawa bekas majikannya itu ke muka pengadilan kerana Mario mendakwa JDT masih gagal untuk membayar baki gaji beliau. Beliau dan peguamnya sedang membentangkan masalah ini kepada FIFA dan Mario juga menambah bahawa beliau akan memberi FIFA satu maklumat yang sensitif.

Mario Gomez menjadi kegemaran para peminat JDT diatas kejayaan beliau membimbing JDT memenangi dua kejuaraan Liga Super, satu Piala FA, satu Piala Sumbangsih dan yang paling diingati ialah kejuaraan Piala AFC pada 2015. Mario juga dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik pada musim 2015. Sebelum bermulanya musim 2017, beliau dipecat oleh JDT dan digantikan dengan Benjamin Mora. Banyak desas-desus yang beredar berkenaan pemecatan Mario sebagai ketua jurulatih.

Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards meminta Gomez untuk tidak memutar belit fakta yang sebenar kerana hal itu boleh memberi impak kepada karier Gomez di Indonesia kelak. Edwards juga menasihatkan supaya Gomez mendapatkan nasihat undan-undang yang betul sebelum menghebohkan sesuatu di media sosial. Respon daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula, baginda memberi kenyataan dalam akaun sosial media Johor Southern Tigers dengan berkata: “Keep on trying, Mario. Please take me to court because I have never been in one and I would like to experience it.”

Pada awal bulan ini, Mario Gomez dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi pasukan Liag 1 Indonesia, Persib Bandung. Adakah masalah ini akan memberi impak kepada karier beliau di Indonesia kelak ? Berikan pandangan anda.

(Visited 12 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up