Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: Football Tribe
Wed, 6, Dec, 2017, 4:54 PM | Oleh

Nelo Vingada Letak Jawatan!

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada meletak jawatan sebagai jurulatih Malaysia berkuatkuasa serta merta. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi. Vingada membuat kenyataan bahawa beliau bertanggungjawab di atas prestasi skuad kebangsaan ketika ini. Keputusan tersebut diambil selepas berbincang dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Nelo Vingada memang tidak begitu baik. Dalam peringkat kelayakkan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mengutip satu mata sahaja. Terbaru Malaysia dikalahkan Korea Utara dengan keputusan 4-1 di Bangkok. Tahun 2017 merupakan tahun yang dingin dilupakan skuad kebangsaan kerana gagal untuk mengutip sebarang kemenangan.

Selain Vingada, pembantu yang dibawa oleh beliau iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut meletak jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan. Vingada turut berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan beliau meluahkan perasaan bangga beliau kerana dapat menjadi sebahagian daripada warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat. Kami di Inikan Bola mengucapkan terima kasih di atas jasa beliau dan mengucapkan semoga maju jaya di masa yang akan datang.

(Visited 13 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up