Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Stadium MY
Thu, 7, Dec, 2017, 11:16 AM | Oleh

Nuri Menyertai PKNS

Bekas pemain Perak dan Pahang, Nurridzuan Abu Hassan sah menyertai pasukan PKNS FC bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan kembali ke pasukan lama beliau iaitu pasukan Perak. Di PKNS FC, Nuri akan bermain di bawah jurulatih berpengalaman, Datuk K.Rajagopal.

Nama Nurridzuan mula menjadi perhatian apabila beliau beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan Bawah 23 tahun ketika kempen Sukan SEA 2015 di Singapura. Selain cemerlang bersama skuad kebangsaan, Nuri juga cemerlang bersama pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia. Pada musim 2017, beliau menyertai revolusi pasukan Pahang bersama Syamim Yahya, Afif Amirudin dan Muslim Ahmad. Namun, beliau kurang mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad utama kerana Pahang pada musim ini mempunyai ramai pemain sayap seperti Joseph Kalang Tie, Wan Zaharulnizam, Muhamadou Sumareh Ashari Shamsudin.

Dengan berhijrahnya beliau ke PKNS FC, diharap beliau boleh mendapat lebih peluang bermain dalam kesebelasan utama dan sekaligus memperoleh kembali rentak dan prestasi beliau.

(Visited 16 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up