Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Sumber Gambar: Semuanya Bola
Thu, 7, Dec, 2017, 8:00 PM | Oleh

“Pemain Kita Yang Tidak Bagus”

Setelah Nelo Vingada meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan semalam, pelbagai respon dapat kita lihat sama ada dari peminat bola sepak Malaysia atau dari bekas pemain kebangsaan. Ada yang memuji tindakan Vingada apabila beliau bertindak profesional dengan menambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan skuad negara. Ada yang menyalahkan kualiti pemain skuad kebangsaan yang tidak bagus dan menyebabkan kegagalan Vingada dalam mengemudi skuad kebangsaan.

Legenda bola sepak negara, Bakri Ibni berpendapat keputusan Vingada meletak jawatan adalah kerana kekurangan pemain yang berkualiti dalam skuad kebangsaan. Tambah Bakri Ibni, jika pemain skuad kebangsaan mempunyai kualiti yang baik, sudah pasti jurulatih berusia 64 tahun itu tidak akan meletakkan jawatan. Selain itu, Bakri beranggapan bahawa Vingada mahu menjaga maruah dan kredibiliti beliau sebagai jurulatih yang berkaliber. Perkara sama juga dikongsi oleh seorang lagi legenda bola sepak negara, Khalid Ali. Khalid tidak menafikan bahawa Vingada ialah seorang jurulatih yang bagus tetapi kualiti yang dimiliki oleh pemain skuad negara yang menyebabkan beliau gagal.

Pada pendapat kami, Nelo Vingada tidak bernasib baik kerana beliau tidak mendapat bantuan daripada sesetengah pasukan dalam Liga Malaysia yang tidak mahu melepaskan pemain mereka untuk menyertai skuad negara. Kita boleh lihat dalam kempen kelayakkan Piala Asia 2019, kebanyakkan pemain adalah muka yang sama dalam kebanyakkan perlawanan kelayakkkan. Beliau juga mempunyai masa yang singkat untuk mempersiapkan pasukan.

Kongsikan dengan kami tentang pendapat anda mengenai kegagalan skuad kebangsaan di bawah kendalian Nelo Vingada.

(Visited 15 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up