Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Suber Gambar: FourFourTwo
Thu, 7, Dec, 2017, 9:10 PM | Oleh

Perlukah Dalam “Feeder Club” Ada Pemain Import ?

Bekas penyerang import pasukan UiTM FC, Akanny Sunday Wasiu sah menyertai pasukan Terengganu FC II bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Sunday menjadi pemain import pertama yang menyertai pasukan yang dulunya dikenali sebagai T-Team FC. Pasukan Terengganu FC II menjadi pasukan kedua yang dikategorikan sebagai “feeder club” dalam Liga Malaysia selepas pasukan Johor Darul Ta’zim II.

Di sini kami mempunyai persoalan tentang tindakan “feeder club” ini mengambil pemain import. Tujuan “feeder club” diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk mengasah bakat mereka sebelum mereka menyahut cabaran di peringkat yang lebih tinggi. Pemain juga dapat merasai suasana berada dalam perlawanan yang kompetitif. Pemain dapat menimba ilmu dan pengalaman tentang bagaimana untuk mengendalikan emosi ketika beraksi di kejohanan besar.

Kami berpendapat bahawa pasukan “feeder club” ini tidak perlu mengambil khidmat pemain import dalam pasukan mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka ialah menandatangani pemain tempatan yang mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga bagi membimbing pemain-pemain muda. Langkah ini boleh menjimatkan perbelanjaan pasukan sekaligus pasukan boleh menumpukan perbelanjaan tersebut ke arah meningkatkan infrasturktur pasukan, memantapkan sains sukan dan meningkatkan prasarana tempat latihan. Pengambilan khidmat pemain import sememangnya memakan kos yang agak tinggi. Tambahan pula, pemain muda tempatan akan mendapat peluang lebih untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Itulah sedikit-sebanyak pendapat kami tentang “feeder club” yang mengambil khidmat pemain import. Anda ada pendapat anda sendiri ?Meh kongsikan dengan kami.

(Visited 40 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up