Slogan InikanBola Slogan InikanBola
Football Tribe
Thu, 7, Dec, 2017, 10:26 AM | Oleh

Siapa Bakal Ganti The Professor ?

Dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Nelo Vingada apabila beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada semalam, para peminat bola sepak Malaysia tertanya-tanya tentang siapa yang bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh jurulatih yang digelar “The professor” tersebut.

Ada dikalangan peminat yang mencadangkan penolong kepada Vingada, Tan Cheng Hoe diangkat sebagai ketua jurulatih negara yang baru. Mereka berpendapat bahawa Tan Cheng Hoe sedikit sebanyak sudah tahu tentang selok belok skuad kebangsaan. Ada juga segelintir peminat yang mencadangkan agar FAM mengambil seorang lagi jurulatih import yang berpengalaman bagi mengharungi cabaran pada tahun 2018. Tahun hadapan, Malaysia akan menghadapi Lebanon dalam perlawanan terakhir kelayakkan Piala Asia 2019 dan akan menyertai kejohanan Piala AFF Suzuki pada November. Selain fokus untuk saingan tahun hadapan, pada 2019, kempen kelayakkan Piala Asia edisi 2023 akan bermula pada tahun tersebut. Jadi peminat mahu jurulatih yang bakal dilantik ini akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap cabaran pada tahun 2018 dan 2019.

Kami berpendapat agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi peluang kepada Tan Cheng Hoe mengemudi skuad kebangsaan. Pengalaman beliau bersama pasukan Kedah dan juga tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Nelo Vingada kami rasa sudah cukup untuk beliau diberikan peluang.

(Visited 21 times, 1 visits today)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up