Beberapa pasukan sudah membuat persediaan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Beberapa pasukan menandatangani pemain tempatan mahupun import. Ada pasukan yang telah mengumumkan skuad utama mereka seperti pasukan Selangor. Di sini kami ingin menekankan tentang kelebihan mengambil pemain import dari kalangan Liga utama Asean.

Mari kita ambil beberapa pasukan dalam Liga Malaysia yang mengambil pemain impport dari kalangan Liga Asean bagi saingan musim hadapan. Pasukan Selangor menandatangani dua pemain indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn. Selain Evan dan Ilham, Selangor juga mengambil khidmat Willian Pacheco, bekas pemain Persija Jakarta. Pasukan Kelantan pula menandatangani Cassio De Jesus, bekas pemain Semen Padang FC. Dan pasukan Terengganu menandatangani pemain Kemboja, Thierry Chanta Bin.

Pada pendapat kami, kelebihan yang diperolehi oleh pasukan di atas ialah pemain import mereka tidak perlu melalui satu fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran liga. Berbeza dengan pemain import yang pertama kali bermain di Asean. Mereka harus melalui fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran. Memang tidak dinafikan ada sesetengah pemain yang berjaya. Namun ada juga yanggagal menyesuaikan diri seterusnya digugurkan pada pertengahan Liga.

Ikuti kupasan seterusnya mengenai kelebihan mengambil pemain import dari Liga Asean.

Leave a Reply