(Liputan hari kedua di sini)

Hari ini bermulanya pertandingan SuperMokh Cup 2017 yang kali keempat diadakan dan dianjurkan oleh NFDP. Sebanyak 12 permainan diadakan serentak di 4 padang: 3 di Bukit Jalil (Stadium Nasional, Padang MSN-D & Padang MSN-E), dan Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam. (Jadual penuh pusingan awal di sini) Pertandingan diadakan untuk 3 peringkat umur: Bawah 12, Bawah 13 & Bawah 14 tahun yang ada 8 pasukan bertanding di setiap peringkat. Setiap peringkat umur dipecahkan kepada 2 kupulan.
Pasukan dari Malaysia semuanya diwakili oleh Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Pasukan utama mereka adalah AMD Cougars.
Pasukan pelapis AMD pula adalah AMD Panthers. Rata rata banyak aksi permainan yang menarik. Kami sempat ke 2 padang permainan. Untuk peringkat Bawah 12, permainan adalah selama 30 menit per half atas padang berukuran 45m x 73m. Padang standard pula buat Bawah 13 & Bawah 14, dan waktu permainan selama 35 menit per half.

Ulasan Ringkas Permainan Hari Ini

Ulat Bolaitub di Stadium Nasional, Bukit Jalil:

Pagi yang cantik di Bukit Jalil. Agak agak ada dalam 300 penonton, yang kebanyakannya terdiri daripada ibubapa pemain, dan anggota penggerak NFDP sendiri. Ada juga fans macam saya. Maklumlah, hari bekerja. Tapi live streaming yang dibuat oleh NFDP tadi mendapat sambutan viewers yang sangat ramai. Saya sempat bertemu dengan ramai bekas pemain dan coach ternama, dan juga berbual dengan beberapa orang parents yang bersemangat menyokong perjalanan hidup anak anak mereka. Bonus: Kebetulan tadi saya duduk satu baris di depan Coach Lim Teong Kim. Coach Lim Teong Kim banyak jugak komen pasal permainan dan movement kepada coach coach lain. Sambil sambil tengok game, sambil sambil itu dapat jugak dengar komen Coach Lim Teong Kim.. Priceless!

Game pertama: Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan B: AMD Cougars vs JJ Football Academy, Korea.

Saya difahamkan bahawa AMD Cougars B-12 adalah team to watch, berdasarkan sumber sumber yang boleh dipercayai. Memang AMD Cougars mengawal permainan dengan baik, dan ternyata pemain pemain Cougars B-12 ni outclass lawan mereka dari Korea. Keputusannya: AMD Cougars 5 : 1 JJ Football Academy

Game kedua: Peringkat Bawah 14 Tahun, Kumpulan B: AMD Cougars vs Aspire Academy, Qatar.

Pemain pemain Aspire Academy mempunyai sikit size advantage berbanding pemain kita, tapi disebabkan bakat dan latihan, Cougars kelihatan lebih bagus di padang. Setelah gol pertama AMD Cougars (selepas peluang gol yang kedua) satu team datang congratulate si penjaring. Tingallah penjaga gol seorang diri. Awesome! Keputusan AMD Cougars 4, Aspire Academy 1 tidak menunjukkan apa yang sebenarnya terjadi. 4:0 setelah 25 minit permainan, Aspire Academy menunjukkan permainan yang agak sloppy Nampak macam mentally dah goyang. Masih 4:0 pada tamat separuh pertama. Tapi AMD Cougars ada sekurang kurang 4 atau 5 peluang gol yang terlepas. Senang senang jer 7 atau 8 gol kot kalau Cougars mempunyai nasib yang lebih baik. Babak kedua pula nampak seperti Aspire Academy pula dah adjust sikit permainan mereka, ataupun.. AMD Cougars mula ‘playing not to loose’. Sebagai penonton, permainan menjadi sedikit hambar dan situasi yang gemuruh dari permulaan perlawanan pertama tadi macam dah hilang. Macam tengok orang main bola petang petang pulak. Tapi takpa. Mungkin tactically itulah percaturan yang betul. Dah leading 4:0, simpan tenaga. Jangan pulak injured.

Game ketiga: Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan B: AMD Cougars vs FF South Australia.

Lagi satu game yang dikawal oleh Cougars. Nak kata FF South Australia main sloppy macam tak sangat. Tapi sebenarnya saya banyak berbual dengan Coach Yong Meng Chong, KJRN Melaka waktu itu. Dulunya pernah team mates dengan Coach Lim Teong Kim & Datuk Soh Chin Aun. Habis tamat separuh waktu pertama kami pergi pula ke MSN Padang E. Sebabnya? Kebetulan team Kashima Antlers dari Jepun tiba lambat. Jadi kickoff yang pada asalnya dijadualkan pada 12:50 tengahari ditunda ke jam 2:30 petang. Bonus kedua hari ini!

Game keempat: Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers vs Kashima Antlers (Japan)

Kali ini terbalik pula berbanding game kedua tadi AMD Cougars vs Aspire Academy. Panthers mempunyai sedikit size advantage berbanding pemain Kashima Antlers. Kelihatan mungkin Kashima Antlers is the better team. Tapi jangan terburu buru membuat andaian. Yang pertama: flight Kashima Antlers delayed pagi tadi. Sebab itu game ditunda. Tak tahu lah players diorang macam mana. Sampai jer kat tanah Malaysia, terus ke Bukit Jalil, & terus warm-up kot? Walaubagaimanapun, Kashima Antlers berjaya memberi saingan dan perlawanan agak seimbang. Setimpal dengan keputusan akhir seri 2 gol sama. Keduanya: AMD Panthers mungkin masih belum serasi main sebagai satu pasukan berbanding dengan lawannya dari Jepun yang mungkin sudah beberapa tahun bersama. Selection untuk team AND bawah 12 baru dibuat beberapa bulan yang lepas. Pasukan yang letih seri dengan pasukan yang mungkin belum serasi?

Misdianto di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam

Hari ini saya berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan SuperMokh Cup di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Game pertama: Peringkat Bawah 14 Tahun, Kumpulan B: Arsenal (England) vs Gyeongnam FC (Korea Selatan)

Pasukan Arsenal dengan mudah menewaskan pasukan Korea Selatan tersebut dengan keputusan 4-1. Keempat-empat gol Arsenal dijaringkan pada separuh masa pertama. Manakala gol satu hati pasukan Geongnam B14 tahun dijaringkan pada lewat perlawanan. Disini saya kagum dengan sifat merendah diri dan juga ada keinginan untuk mencabar pemain Geongnam walaupun mereka berdepan lawan yang fizikalnya lebih besar dan kuat. Pemain Geongnam juga saya lihat berkali-kali meminta maaf kepada jurulatih mereka apabila mereka membuat kesilapan.

Game kedua: Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan B: AZ Alkmaar (Belanda) vs Gyeongnam FC (Korea Selatan)

Perlawanan kedua pula melibatkan pasukan AZ Alkmar B13 tahun menentang Geongnam B13 tahun. AZ Alkmaar mengutip kemenangan mudah apabila berjaya menjaringkan 8 gol tanpa balas ke gawang Geongnam. AZ Alkmaar berjaya mendominasi dari minit pertama perlawanan. Para pemain pasukan Geongnam dilihat gagal untuk menyerap asakan yang diberikan sekaligus memberikan jalan mudah kepada para pemain AZ Alkmaar.

Game ketiga: Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan A: Paris Saint-Germain (Perancis) vs Urawa Reds Diamonds (Jepun)

Perlawanan terakhir pada hari ini membabitkan pasukan gergasi dari Perancis, Paris Saint-Germain B13 tahun menentang pasukan dari Jepun, Urawa Reds Diamond B13 tahun. Perlawanan ini menurut saya perlawanan terbaik hari ini. Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan menarik masing-masing. Urawa Reds Diamond membuka jaringan terlebih dahulu sebelum disamakan oleh PSG menerusi sepakan penalti.

Keputusan perlawanan lain:

MSN Padang D, Bawah 14 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers 1 : 1 Paris Saint Germain (France)
MSN Padang D, Bawah 13 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers 1 : 2 Buriram United (Thailand)
MSN Padang D, Bawah 14 Tahun, Kumpulan A: Mito HollyHock (Japan) 5 : 0 Foolad Sepahan (Iran)
MSN Padang E, Bawah 12 Tahun, Kumpulan A: Sporting CP (Portugal) 4 : 0 FF South Australia
MSN Padang E, Bawah 12 Tahun, Kumpulan B: HNK Hajduk Split (Croatia) 0 : 1 Aspire Academy (Qatar)

Kedudukan Mata: (Tidak Rasmi)
B-12, Hari Pertama

B-13, Hari Pertama

B-14, Hari Pertama

Terima Kasih kepada pihak NFDP atas kerjasama & access yang diberikan kepada team Inikan Bola membuat liputan SuperMokh Cup 2017. Masih ada 2 perlawanan lagi di peringkat kumpulan. Mari kita lihat apa yang berlaku esok..

(Visited 287 times, 1 visits today)

Leave a Reply