Setelah dinamakan sebagai ketua jutulatih Kedah yang baru bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan, Ramon Marcote melaungkan keyakinan bahawa skuad bimbingannya mampu untuk mencabar kejuaraan musim hadapan. Ramon Marcote menandatangani kontrak selama setahun bersama Kedah. Beliau menggantikan tempat Nidzam Adha Yusoff yang memutuskan untuk menjadi penolong ketua jurulatih. Nidzam membuat keputusan tersebut setelah Kedah tewas kepada JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2017. Nidzam juga menyatakan banyak lagi yang perlu beliau pelajari jika ingin menjadi ketua jurulatih.

Ketika kali pertama Marcote membimbing Kedah, beliau berjaya membantu Kedah untuk memenangi Liga Perdana dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2015. Musim berikutnya beliau memutuskan untuk pulang ke Sepanyol.

Dengan pelantikan kali kedua ini, peminat Kedah nyata meletakkan harapan tinggi di bahu Marcote untuk menghadiahkan piala kepada pasukan kesayangan mereka bagi saingan musim hadapan.

Kami ingin mengucapkan selamat maj jaya kepada Ramon Marcote.

(Visited 72 times, 1 visits today)

Leave a Reply