Bekas pemain pertahanan Pahang, Saifulnizam Miswan atau yang mesra disapa Poyeng sah menyertai juara Liga Perdana, Kuala Lumpur bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Pemain ini terkenal dengan terjahan keras dan juga gaya permainan yang kasar sewakt mewakili pasukan Pahang. Beliau juga dilayangkan kad merah dalam beberapa perlawanan termasuklah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2014 apabila Poyeng menumbuk Amri Yahyah. Mujur Pahang memenang perlawanan akhir tersebut.

Ketika beraksi bersama Pahang, Poyeng berjaya memenangi beberapa kejuaraan antaranya Piala Malaysia pada edisi 2013 dan 2014 ketika Pahang menewaskan Kelantan dan juga Johor Darul Ta’zim. Selain Piala Malaysia, Poyeng juga berjaya memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA pada 2014. Sebagai pemain pertahanan, Poyeng mampu untuk bermain di semua posisi. Tetapi ketika beliau bersama Pahang, beliau banyak digunakan sebagai pertahanan kiri.

Poyeng menyertai seorang lagi pemain senior, Indra Putra Mahayuddin yang menyertai Kuala Lumpur dari pasukan Kelantan. Kehadiran dua pemain senior ini diharapkan dapat mengembalikan zaman kegemilangan Kuala Lumpur.

(Visited 84 times, 1 visits today)

Leave a Reply