Jadual penuh perlawanan hari ketiga di sini
Liputan hari pertama di sini

SuperMokh Cup Hari Kedua, Khamis 14 Disember 2017.

Sebelum kami meneruskan ulasan, kami ingin membuat satu pembetulan. Keputusan permainan B-14 antara Mito HollyHock vs Foolad Sepahan berakhir dengan kemenangan kepada pasukan Mito HollyHock dengan 6 gol tidak berbalas, dan bukan 5:0 seperti yang dilaporkan kelmarin.

Hari kedua pertandingan SuperMokh Cup menyembahkan 12 perlawanan dan kesemua pasukan bertarung buat kali kedua. Hari ini kelihatan mungkin kurang sikit penonton yang menyaksikan aksi (di padang MSN), tetapi live stream dari NFDP masih mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Mungkin juga kerana ada 2 perlawanan melibatkan pasukan AMD yang berlansung di Maybank Academy, Bangi. Padang E dikhususkan untuk perlawanan B-12 tahun.

Ulasan Ringkas Permainan Hari Ini

Ulat Bolaitub di Stadium Nasional, Bukit Jalil:

Hari ini saya berlegar-legar di MSN Padang D dan MSN Padang E yang sebelah menyebelah. Yang menariknya penonton dapat berada sangat dekat dengan permainan, agak intim juga.. Yang tak best pulak ada akan dua perlawanan yang berlansung serentak. Game mana satu nak fokus nih? Bonusnya saya dapat menyaksikan 7 perlawanan yang boleh dikatakan kesemuanya berkualiti. Kadang kadang saya lupa pulak yang kesemua pemain di atas padang baru sahaja menamatkan pengajian darjah 6, tingkatan 1 atau tingkatan 2 (mengikut sistem persekolahan kita)

Game pertama: Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan B: AMD Cougars vs HNK Hajduk Split (Croatia)

Pada awalnya saya plan nak tengok game di padang sebelah (MSN padang D) untuk menyaksikan perlawanan B-14 AMD Cougars vs Arsenal FC) tapi setelah berkenalan dengan Aylwin Skelchy padi hari sebelumnya, bapa kepada Hanz Skelchy, pemain #7 AMD Cougars B-12 saya terus ke padang E. Perlawanan lagi sekali dikuasai oleh pasukan Cougars kita dengan kedudukan 2:0 pada tamat 30 menit pertama. Para pemain Hajduk Split semestinya ada membuat serangan balas tapi kebanyakkannya dapat dipatahkan oleh Cougars. Pemain #7 Hajduk Split lincah juga gerakkannya. Pada babak kedua, permainan yang menarik diteruskan oleh kedua pasukan. 2 gol masuk, nice moves, tapi keduanya dibatalkan – offside. Cougars berjaya menghasilkan gol ketiga dengan satu lagi move yang cantik. Malangya pada babak kedua juga salah seorang playmaker Cougars: Hanz #7 dilayangkan kad kuning kedua dalam 2 permainan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya. Cougars 4, Hajduk Split 0.

Game kedua: Peringkat Bawah 14 Tahun, Kumpulan B: AMD Cougars vs Arsenal FC (England)

Buat kali pertama saya dapat menyaksikan pasukan dari London ini. Mak oi! besar nya players diorang tuh! Size advantage yang jelas. Walaubagaimanapun, pasukan Arsenal ini diberi tentangan hebat oleh pasukan Cougars dan Arsenal dihadkan kepada kemenangan 2:1 setelah membenam pasukan Gyeongnam FC dari Korea pada perlawanan sebelumnya. Respectable loss buat pasukan AMD Cougars.

Game ketiga: Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers vs Sporting CP (Portugal)

Para pemain Sporting juga agak besar berbanding dengan pemain Panthers B-12, dan lebih mengawal permainan dengan tactical dan passing yang rapi. Pasukan Cougars cuba dan agak berjaya memberi persaingan, tetapi the better team won. Sebagai penambahan kepada komen saya tentang pasukan Panthers ini kelmarin, saya dapat tahu daripada beberapa orang coach NFDP yang mereka ni (pasukan Panthers B-12) baru 2 minggu sahaja bermain sebagai satu team. Menentang pasukan Sporting yang dah 2-3 tahun berlatih dan bertanding bersama, 0:3 kiranya not bad la kot.

Game keempat: Peringkat Bawah 14 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers vs Foolad Sepahan (Iran)

Permainan yang seimbang dengan gerakan bagus dipersembahkan oleh kedua belah pasukan. 35 menit pertama berakhir dengan keputusan 0:1 hasil dari jaringan penalty pasukan Foolad Sepahan. Malang sekali defensive error dari pasukan Panthers membuka peluang yang bagus untuk pasukan Foolad Sepahan yang berjaya menghasilkan gol kedua mereka. AMD Panthers 0, Foolad Sepahan 2. Good game, good fight.

Game kelima: Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan A: Kashima Antlers (Japan) vs FF South Australia

Kickoff pada hampir jam 1 tengahari untuk perlawanan ketiga di kedua belah padang. Memang terasa dah panas dan bahang hari. Perlawanan nampak lebih dikawal oleh kelab Antlers dari Jepun. FFSA juga memberi tentangan yang hebat. Pemain Antlers #7 mempunyai skill dan awareness yang menarik. Bagus budak nih! Yang saya perhatikan juga adalah kapten pasukan FFSA, penjaga gol mereka #53. Bagus caranya leading his team dari depan pintu golnya. Banyak serangan Antlers dapat dipatahkan, dan ada juga serangan balas dari FFSA. Pada babak kedua mungkin FFSA dah mula breakdown sikit. Saya saksikan 2 gol dari Antlers (sambil sambil nak tengok game Buriram vs Red Diamonds). Tapi si kapten FFSA #53 tetap bersemangat memberi arahan kepada anak anak buahnya hinggalah ke akhir permainan. Dalam hati ianya pasti merasa kecewa kerana pasukannya hampir pasti kalah. Tetapi sebagai kapten, kekecewaan itu tidak sedikit pun ditunjukkan. Keputusan akhir: Antlers 3, FFSA 0. Tak perasan pulak bila gol ketiga itu dijaringkan. Tamat permainan saya berbual sekejap dengan #53 tu. Philip namanya. IMHO, Philip, You are a champion! Dalam perjalanan nak pergi ke tempat FFSA berkumpul pulak saya selisih dengan para pemain Antlers. Hello!.. Hello!.. mereka ucapkan kepada saya. Bagus didikkan mereka ya..

Game keenam: Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan A: Urawa Red Diamonds (Japan) vs Buriram United (Thailand)

Sama seperti perlawanan Panthers vs Sporting & Panthers vs Foolad Sepahan sebentar tadi, saya cuba menyaksikan dua perlawanan serentak di dua padang bersebelahan. Para pemain dari kedua dua pasukan berkomunikasi sesama sendiri dengan bagus. Kelakar jugak rasanya.. Sebab satu patah pun saya tak faham.. Kedua dua pasukan membawa keputusan yang baik dari perlawanan pertama masing masing. Buriram menundukkan AMD Panthers 2:1 dan Urawa mengikat Paris Saint Germain dengan keputusan 1:1. Gerakkan yang bagus dari kedua dua pasukan, tetapi tiada gol yang dapat dihasilkan. Keputusan seri, 0:0. Pemain dari Jepun ini kelihatan kerap minum air di hari yang terik tadi. Pemain dari Thailand tidak pula..

Game ketujuh, Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan B: JJ Football Academy (Korea) vs Aspire Academy (Qatar)

Perlawanan terakhir pada hari ini. Tak banyak yang boleh diulas selain nampak permainan yang seimbang dan bersemangat sungguhpun hari yang masih panas terik. Mungkin sedikit advantage kepada pasukan Aspire Academy daripada Qatar. Hampir tiada penonton kerana ramai yang sudah beredar. Beberapa gerakan yang cantik, Satu gol JJ Football Academy dibatalkan (offside). Keputusan Akhir: JJ Football Academy 0, Aspire Academy 1.

Misdianto di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam

Game pertama: Peringkat Bawah 14 Tahun, Kumpulan A: Paris Saint-Germain (France) vs Mito HollyHock (Japan)

Perlawanan pertama pada hari kedua kejohanan SuperMokh Cup di Stadium Panasonic hari ini melibatkan pasukan PSG menentang pasukan dari Jepun, Mito HollyHock. PSG mendominasi pada awal permainan. Hasilnya, pada separuh masa pertama PSG berjaya mendahului. Apa yang menarik perhatian saya ialah jentera tengah PSG yang dikawal dengan sangat baik oleh dua pemain. Saya seolah-olah melihat gandingan N’Golo Kante dan Paul Pogba junior. Memasuki separuh masa kedua, dominasi PSG nyata sukar dikekangoleh para pemain Mito HollyHock. Dan sebelum wisel penamat dibunykan, PSG berjaya menambah satu lagi gol. Keputusan akhir: Paris Saint-Germain 2, Mito HollyHock 0.

Game kedua: Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan B: AZ Alkmaar (Netherlands) vs FF South Australia.

Aksi menarik pada game yang kedua ini bermula pada separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama, tidak banyak percubaan menarik dari kedua-dua pasukan. Memasuki separuh masa kedua, AZ Alkmaar lebih agresif dan berjaya menguasai perlawanan. Hasilnya mereka berjaya menjaringkan 3 gol ke gawang FF South Australia. AZ Alkmaar menang game tersebut dengan keputusan 3-0

Game ketiga: Peringkat Bawah 14 Tahun, Kumpulan B: Aspire Academy (Qatar) vs Gyeongnam FC (Korea)

Pada game ketiga ini, Aspire Academy berjaya menguasai pada separuh masa pertama. Namun begitu, mereka gagal untuk menjaringkan gol. Pemain Gyeongnam pula dilihat lambat untuk settle down. Memasuki separuh masa kedua, barulah ada jaringan yang berjaya dihasilkan. Gyeongnam membuka tirai jaringan sebelum berjaya disamakan oleh Aspire 6 minit kemudian. Keadaan menjadi sedikit tegang setelah pemain Aspire melakukan terjahan keras keatas pemain Gyeongnam. Mujur tiada pergaduhan berlaku. Lima minit sebelum permainan tamat, Aspire berjaya menjaringkan gol kemenangan setelah pemain mereka memanfaatkan keadaan kelam-kabut di pintu gol Gyeongnam. Aspire berjaya bertahan dan keputusan 2-1 kekal sehingga masa tamat.

Keputusan perlawanan lain: (Dari Maybank Academy, Bangi)

Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan B: AMD Cougars 12 : 1 Gyeongnam FC (Korea)
Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers 1 : 3 Paris Saint-Germain (France)

Kedudukan Mata: (Tidak Rasmi)
Day2 B-14

Day2 B-13

Day 2 B-14

Cabaran seterusnya buat pemain kita..

B-12 Kumpulan A:
Kedudukan yang selesa buat Sporting CP, tetapi AMD Panthers boleh layak ke peringkat Cup jika dapat mengalahkan FFSA dengan perbezaan gol yang besar, dan Sporting mengalahkan Kashima Antlers.

B-12 Kumpulan B:
Selesa buat AMD Cougars dan Aspire Academy untuk ke peringkat Cup. Kedua pasukan ini akan berentap di padang esok.

B-13 Kumpulan A:
AMD Panthers dengan dua kekalahan hanya mampu ke peringkat Plate.

B-13 Kumpulan B:
Sama juga seperti B-12 kumpulan B, selesa buat AMD Cougars dan AZ Alkmaar yang juga akan bertemu sesama sendiri esok.

B-14 Kumpulan A:
AMD Panthers harus menang perlawanan akhir mereka menentang Mito HollyHock, dan Foolad Sepahan tumpas di tangan Paris Saint-Germain. Jika PSG seri, beza jaringan akan menentukan sama ada Panthers atau Foolad Sepahan yang ke peringkat Cup.

B-14 Kumpulan B:
AMD Cougars harus menang menentang Gyeongnam FC dan mengharapkan Arsenal dapat mengalahkan Aspire Academy.

Akhir sekali, sedikit trivia di akhir hari kedua:

AMD Cougars B-14 paling banyak menjaringkan gol (22). Gyeongnam B-14 paling banyak bolos (20).
Hajduk Split B-12 dan kedua dua pasukan dari FF South Australia (B-12 dan B-13) masih belum menhasilkan gol.
7 daripada 12 pasukan yang bertanding di SuperMokh Cup 2017 masih belum mendapat kemenangan.

Terima Kasih kepada pihak NFDP atas kerjasama & access yang diberikan kepada team Inikan Bola membuat liputan SuperMokh Cup 2017. Perlawanan terakhir di peringkat kumpulan esok. Jom kita ke stadium untuk menyaksikanya, atau tunggu ulasan kami yang seterusnya..

(Visited 275 times, 1 visits today)

Leave a Reply