Liputan hari pertama di sini
Liputan hari kedua di sini

 

Ulasan Ringkas Permainan Hari Ini

Ulat Bolaitube di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Game pertama: PSG U14 VS Foolad U14 (Group A)

Perlawanan yang pertama tadi dikawal oleh PSG, tetapi finishing yang kurang berkesan tidak membawa hasil. PSG bermain seperti ‘playing not to loose’, dan dengan strategi begitu kelihatan cuma berusaha untuk mematahkan serangan Foolad Sepahan. Kedudukan akhir: seri 0:0 PSG ke pusingan Cup

Game Kedua: Arsenal U14 vs Aspire U14 (Group B)

Arsenal lebih mengawal permainan, dengan banyak gerakan cantik daripada pemain #8 mereka. Aspire Academy ada membuat serangan balas, dan terlepas satu peluang baik di depan gol. Pada minit-minit akhir separuh masa pertama, Arsenal mendapat sepakan penalty yang berjaya disempurnaken. Masuk ke separuh masa kedua, Arsenal dengan kelebihan 1 gol kelihatan playing not to loose dan intensity permainan mereka jelas berkurangan dibandingkan pada separuh masa pertama tadi. Ini membuka peluang kepada Aspire Academy untuk bermain dengan lebih teratur dan membuat serangan bertubi-tubi ke arah gol Arsenal. Beberapa peluang bagi Aspire Academy tidak dapat disempurnakan, dan Arsenal berjaya mengekalkan kelebihan mereka. Menang atau sekadar seri, Arsenal melangkah ke peringkat Cup. Arsenal FC 1, Aspire Academy 0.

Game Ketiga: Gyeongnam U13 vs FF South Australia U13 (Group B)

Perlawanan yang agak seimbang di hari yang panas terik. Kedua dua pasukan membuat serangan tetapi tidak mendapat keputusan yang dikehendaki. Pasukan FF South Australia akhirnya dapat membolosi pertahanan Gyeongnam FC dengan gerakkan yang baik. Gyeongnam FC cuba melawan tetapi masih tidak berhasil. FFSA dalam satu lagi gerakkannya menghasilkan gol yang kedua. Kedudukan akhir: FF South Australia 2, Gyeongnam FC 0

Misdianto di Padang E dan D MSN, Bukit Jalil.

Game pertama MSN Field E: AMD Malaysia Panthers U12 vs FF South Australia U12 (Group A)

AMD Panthers menguasai perlawanan pada awalnya. Hasilnya, Panthers berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa 15 minit. Pertahanan FF South Australia dilihat lambat untuk menyesuaikan diri. Separuh masa pertama tamat dengan Panthers mendahului 3-0. Bersambung separuh masa kedua, FF South Australia berjaya menguasai perlawanan pada awal separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan 2 gol untuk merapatkan kedudukan. Namun, kesilapan pertahanan FF South Australia dihukum oleh pemain Panthers dan mereka berjaya menjaringkan gol kelima pasukan. Tamat perlawanan AMD Panthers 5-2 FF South Australia.

Game pertama MSN Field D: AMD Malaysia Panthers U14 vs Mito Hollyhock U14 (Jepun) (Group A)

Barisan pertahanan Panthers lambat untuk menyesuaikan diri. Keadaan ini dimanfaatkan oleh barisan serangan Mito dan hasilnya mereka memperoleh sepakan penalty setelah pemain pertahanan AMD Panthers menjatuhkan pemain Mito. Sebelum separuh masa pertama tamat, penjaga gol Mito dilayangkan kad merah kerana menampan bola diluar kotak penalty. Separuh masa pertama berakhir dengan Mito mendahului 1-0.
Bersambung separuh masa kedua, kelebihan bermain dengan 11 pemain digunakan dengan baik oleh Panthers. Mereka mengasak kubu Mito dan mereka berjaya memperoleh gol penyamaan. Setelah menjaringkan gol penyamaan, pemain Panthers tidak membuang masa dan terus menyerang kubu Mito. Mereka berjaya menjaringkan 3 lagi gol dan memenangi perlawanan dengan keputusan 4-1.

Game kedua MSN Field D: AMD Cougars U14 vs Gyeongnam U14 (Group B)

AMD Cougars melakukan asakan awal ke kubu Geyongnam. Dan hasilnya, mereka berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa hanya 5 minit. Pemain Cougars meneruskan asakan mereka dan mereka berjaya menjaringkan dua lagi gol sebelum separuh masa pertama tamat. Bersambung babak kedua, Cougars tidak memberikan sebarang ruang kepada pemain Gyeongnam untuk mengasak. Cougars berjaya menjaringkan dua lagi gol bagi memastikan kemenangan 6-0 ke atas wakil Korea Selatan tersebut.

Game kedua MSN Field E: AMD Cougars U12 vs Aspire Academy U12 (Group B)

Pasukan AMD Cougars Bawah 12 tahun boleh dikatakan mengutip kemenangan mudah dalam perlawanan ini. AMD Cougars menjaringkan 8 gol ke gawang Aspire Academy. Enam gol daripadanya dijaringkan pada separuh masa kedua. Pemain Aspire dilihat memberi banyak ruang kepada pemain Cougars untuk mengasak.

Game ketiga MSN Field D: AMD Cougars U13 vs AZ Alkmaar U13 (Group B)

AMD berjaya menguasai 10 minit pertama perlawanan. Akan tetapi, kesilapan pemain pertahanan Cougars yang menarik baju pemain AZ mengundang pada. AZ mendapat sepakan penalty dan mereka berjaya menjaringkan gol. Barisan pertahanan Cougars sekali lagi membuat kesilapan apabila perangkap ofsaid yang dibuat tidak menjadi dan pemain AZ pantas meyambar bola dan menjaringkan gol kedua. Pasukan Cougars kemudiannya mendapat sepakan penalty namun gagal disempurnakan. Pada separuh masa kedua, AZ menambah satu lagi gol bagi memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1.

Game ketiga MSN Field E: Buriram United U13 vs PSG U13 (Group A)

Buriram boleh dikatakan menguasai separuh masa pertama dengan beberapa percubaan berbahaya ke gawang PSG. Hasilnya mereka berjaya mendahului 1-0. Pemain PSG cuba mengasak namun barisan pertahanan Buriram yang disiplin menyukarkan mereka. Bersambung separuh masa kedua, usaha PSG akhirnya berjaya apabila mereka berjaya meledak gol penyamaan. Namun tidak sampai 5 minit, Buriram kembali di depan. Dengan baki perlawanan yang tinggal 7 minit, PSG akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan dan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Keputusan perlawanan lain: (Dari Maybank Academy, Bangi)

Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan A: Sporting CP (Portugal) 0:0 Kashima Antlers (Japan)
Peringkat Bawah 12 Tahun, Kumpulan B: HNK Hajduk Split (Croatia) 1:2 JJ Football Academy (Korea)
Peringkat Bawah 13 Tahun, Kumpulan A: AMD Panthers 1:1 Urawa Red Diamonds (Japan)

Kedudukan Mata: (Tidak Rasmi)


Jadual Cup untuk hari keempat:
MSN Field D: Paris Saint-Germain U14 vs AMD Malaysia Cougars U14
AZ Alkmaar U13 vs Buriram United U13MSN Field E: Sporting CP U12 vs Aspire Academy U12
AMD Malaysia Cougars U12 vs Kashima Antlers U12Stadium Panasonic: Arsenal U14 vs Foolad Sepahan U14Padang E Akademi Maybank: Paris Saint-Germain U13 vs AMD Malaysian Cougars U13Jadual Plate untuk hari keempat:
MSN Field D: AMD Malaysia Panthers U14 vs Gyeongnam FC U14MSN Field E: AMD Malaysia Panthers U12 vs HNK Hajduk Split U12
JJ Football Academy U12 vs FF South Australia U12Stadium Panasonic: Aspire Academy U14 vs Mito Hollyhock U14
Urawa Reds Diamond U13 vs Gyeongnam FC U13Padang E Akademi Maybank: FF South Australia U13 vs AMD Malaysia Panthers U13*Nota: Cup untuk tempat pertama dan kedua manakala Plate untuk tempat ketiga dan keempat dalam kumpulan.

(Visited 120 times, 1 visits today)

Leave a Reply