Wakil negara dalam kejohanan SuperMokh Cup 2017, pasukan AMD Malaysia Cougars layak ke perlawanan akhir dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu bawah 12 tahun, bawah 13 tahun dan bawah 14 tahun.

Pasukan AMD Malaysia Cougars bawah 12 tahun menewaskan pasukan dari Jepun, Kashima Antlers bawah 12 tahun dengan keputusan 2-1. Cougars menguasai pada separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, Kashima menggandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan 1 gol. Namun benteng Cougars tetap teguh bertahan dan mereka mara ke perlawanan akhir esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

AMD Malaysia Cougars bawah 13 pula menewaskan pasukan Paris Saint-Germain bawah 13 tahun menerusi penentuan sepakan penalti. Kedudukan terikat 1-1 sehingga masa permainan tamat. Dan akhirnya Cougars berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-2.

Seterusnya AMD Malaysia Cougars bawah 14 tahun juga menewaskan pasukan Paris Saint-Germain di padang MSN. Barisan serangan Cougars terus mengasak benteng pertahanan PSG. Berbaki 15 minit, Cougars akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan gerakan serangan balas yang berjaya disudahkan. Cougars bertahan dan berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0.

Pada perlawanan akhir esok, AMD Malaysia Cougars bawah 12 tahun akan menentang juara bertahan iaitu Sporting CP bawah 12 tahun. Pasukan AMD Malaysia Cougars bawah 13 tahun akan menentang pasukan AZ Alkmaar bawah 13. Pasukan AMD Malaysia Cougars bawah 14 pula akan menentang pasukan Arsenal bawah 14 tahun. Venue bagi kesemua perlawanan tersebut ialah di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan perlawanan Cup:

Kredit gambar: NFDP

Keputusan perlawanan Plate:
Kredit gambar: NFDP

Leave a Reply