Kejohanan SuperMokh Cup 2017 telah menutup tirainya hari ini dengan perlawanan akhir bagi kategori Cup diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Wakil Malaysia, AMD Malaysia Cougars, tewas dalam ketiga-tiga kategori.

Pada perlawanan pertama pada pukul 2 petang, AMD Malaysia Cougars bawah 14 tahun tewas kepada Arsenal bawah 14 tahun. Arsenal membuka tirai jaringan menerusi volley cantik melepasi penjaga gol Cougars. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0. Bersambung separuh masa kedua, Cougars terus mengasak dan hasilnya mereka mendapat gol penyamaan menerusi serangan balas. Arsenal terus mengasak dan mendapat gol penyamaan berbaki 5 minit masa permainan tamat. Arsenal bertahan dan berjaya memenangi perlawanan.

Bagi kategori bawah 13 tahun, AMD Malaysia Cougars tewas kepada pasukan AZ Alkmaar bawah 13 tahun dengan keputusan 2-1. Pemain pertahanan Cougars hilang fokus pada 2 minit terakhir dan membolehkan pemain AZ mengambil kesempatan. Bagi kategori bawah 12 tahun, Sporting CP mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan AMD Malaysia Cougars 2-0.

Berikut adalah keputusan rasmi hari ini.


Sumber gambar: NFDP

Leave a Reply