Kejohanan SuperMokh Cup 2017 telah melabuhkan tirainya semalam dengan pasukan Arsenal bawah 14 tahun, AZ Alkmaar bawah 13 tahun dan pasukan Sporting CP bawah 12 tahun muncul sebagai juara dengan menewaskan pasukan AMD Malaysia Cougars dalam ketiga-tiga kategori. Pasukan Cougars telah memberikan cabaran kepada lawan masing-masing tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Selama 5 hari kejohanan berlangsung, saya berkesempatan membuat laporan harian bagi Inikan Bola. Dan sepanjang proses itu, saya mendapat pengalaman berharga daripada kejohanan tersebut. Secara peribadi saya tidak pernah menyaksikan pemain dari Eropah beraksi. Jadi SuperMokh Cup kali ini ialah medan terbaik buat saya untuk menyaksikan para pemain Eropah. Selain dapat menyaksikan mereka, saya juga berpeluang untuk menyaksikan pemain dari Jepun dan Juga Korea dalam kejohanan ini.

Mari kita mulakan dengan pemain Eropah. Saya kagum dengan gaya permainan mereka. Tenang dan juga bijak untuk mencari dan juga mencipta ruang. Saya juga terkesima dengan fizikal beberapa pemain dari pasukan PSG dan Juga Arsenal bawah 14 tahun. Anda boleh lihat pemain PSG bawah 13 di bawah. Tinggi betul dia!

Selain itu, saya juga kagum dengan sikap rendah diri pemain dari Korea Selatan dan juga Jepun. Ketika saya menyaksikan perlawanan diantara pasukan PSG bawah 14 tahun menentang pasukan dari Jepun, Mito Hollyhock bawah 14 tahun, PSG memenangi perlawanan ini dengan keputusan 2-0. Bukan keputusan perlawanan yang menarik perhatian saya ketika itu, tetapi sikap rendah diri para pemain Mito Hollyhock yang memberi penghormatan kepada para penonton sebagai tanda penghargaan selepas perlawanan tersebut. Anda boleh tengok gambar di bawah.

Pihak NFDP juga banyak membantu saya berkenaan dengan keputusan perlawanan dan juga venue pertandingan. Pada mulanya saya mengalami sedikit kesulitan untuk mendapatkan keputusan penuh untuk semua perlawanan. Mujur ada staff NFDP di setiap venue yang bersedia untuk membantu. Minta je apa saja kepada mereka berkenaan SuperMokh Cup, mereka boleh sediakan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak NFDP kerana dengan jayanya menganjurkan kejohanan berprestij seperti SuperMokh Cup ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan AMD Malaysia Panthers dan juga Cougars. Kedua-dua pasukan ini berjaya memberi cabaran kepada pasukan seperti Arsena, PSG, AZ Alkmaar dan juga Sporting CP. Saya berharap akan ada lagi kejohanan seperti ini untuk mengetengahkan bakat-bakat muda di dalam negara sekaligus memberikan pendedahan awal kepada mereka.

(Visited 136 times, 1 visits today)

Leave a Reply